Skip to main content

Suria Records Perjelas Isu Lagu Cinta Tersimpul Rapi Versi AI, Terbuka Untuk Rakaman Rasmi - "Kami Telah Rakamkan Versi Rasmi Baharu Bersama Intan Maya"

Astro Gempak cinta tersimpul rapi (1)

Sekilas

  • Lagu Cinta Tersimpul Rapi nyanyian asal Anis Suraya kembali tular versi AI oleh Jane In Heaven, menarik perhatian ramai.
  • Suria Records menegaskan hak cipta perlu dihormati dan setiap penggunaan karya mesti melalui saluran sah bagi melindungi semua pihak terlibat.
  • Suria Records terbuka untuk kerjasama rasmi dengan Jane In Heaven dan telah merakam versi rasmi baru bersama Intan Maya sebagai sebahagian perancangan mereka.

Sejak beberapa hari lalu, lagu Cinta Tersimpul Rapi nyanyian asal Anis Suraya kembali menjadi perhatian apabila tular satu versi baharu yang dihasilkan menggunakan teknologi AI oleh Jane In Heaven.

Susulan perkembangan tersebut, syarikan rakaman muzik Suria Records tampil mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu berkenaan, khususnya berkaitan hak cipta dan pengurusan karya.

"Sejak beberapa hari lalu, lagu Cinta Tersimpul Rapi nyanyian asal Anis Suraya kembali menjadi perhatian ramai susulan penularan satu versi yang dihasilkan menggunakan teknologi AI oleh Jane In Heaven.

"Kami di Suria Records (SRC) mengikuti perkembangan ini dengan teliti. Kami menghargai minat, sokongan dan kreativiti yang ditunjukkan terhadap lagu ini. Perkembangan teknologi seperti AI sememangnya membuka ruang baharu dalam industri kreatif dan kami percaya inovasi wajar diraikan," ujar kenyataan itu.

Bagaimanapun, sebagai pemilik hak cipta penerbitan lagu tersebut, Suria Records menegaskan bahawa setiap penggunaan dan pengedaran karya perlu melalui saluran sah serta menghormati hak semua pihak yang terlibat dalam penghasilannya termasuk komposer, penulis lirik, artis dan penerbit.

Pihak syarikat turut menjelaskan bahawa permintaan untuk menurunkan versi yang dimuat naik sebelum ini dibuat atas dasar tanggungjawab tersebut, bukan untuk menyekat kreativiti.

“Permintaan penurunan versi yang dimuat naik sebelum ini dibuat atas dasar tanggungjawab tersebut. Langkah ini bukan bertujuan menyekat kreativiti, tetapi bagi memastikan pengurusan karya berjalan secara teratur dan adil kepada semua pihak," tambah kenyataan itu.

Dalam masa sama, Suria Records turut menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama secara rasmi dengan Jane In Heaven sekiranya terdapat persetujuan bersama.

“Dalam masa yang sama, kami menghargai susunan muzik yang telah mendapat perhatian ramai dan terbuka untuk membuat rakaman rasmi secara sah bersama Jane In Heaven agar peminat dapat terus menikmati versi tersebut melalui platform yang betul dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

“Selain daripada itu, SRC juga telah merakamkan versi rasmi baharu lagu ini bersama artis di bawah naungan kami iaitu Intan Maya sebagai sebahagian daripada perancangan kami terhadap karya ini," tambahnya.

Suria Records menegaskan komitmen mereka untuk memastikan kreativiti dan tanggungjawab bergerak seiring dalam industri muzik tempatan.

“Kami percaya industri muzik boleh terus berkembang apabila kreativiti dan tanggungjawab berjalan seiring. Kami berharap penjelasan ini dapat membantu memberi gambaran yang lebih jelas kepada semua.

"SRC kekal komited untuk menyokong kreativiti, melindungi karya asal, serta memastikan industri muzik tempatan berkembang dalam suasana yang saling menghormati," maklum kenyataan itu lagi.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement