Sekilas
- Skuad sepak takraw lelaki Malaysia berjaya memenangi pingat emas acara regu berpasukan di Sukan SEA selepas 34 tahun menunggu.
- Mereka menewaskan tuan rumah Thailand dengan keputusan 2-1 di Gimnasium Nakhon Pathom.
- Malaysia tewas pada regu pertama tetapi bangkit dengan kemenangan regu kedua yang menampilkan pemain terbaik mereka.
SKUAD sepak takraw negara menamatkan kemarau 34 tahun pingat emas acara regu berpasukan lelaki Sukan SEA apabila menumbangkan tuan rumah, Thailand, 2-1 di Gimnasium Nakhon Pathom sebentar tadi.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas acara itu adalah dalam edisi di Manila, Filipina, pada 1991 di mana ketua jurulatih skuad kebangsaan, Ahmad Jais Baharom, turut mewakili negara ketika itu. Cabaran negara kali ini, bagaimanapun, tidak bermula baik apabila regu pertama, yang dibarisi Haziq Hairul Nizam, Noraizat Nordin dan Amirul Zazwan Amir, tewas tipis 1-2 dengan keputusan 9-15, 15-11, 13-15.
Kebangkitan bermula apabila Malaysia menurunkan regu terbaik dalam perlawanan kedua, di mana Shahir Rosdi, Azlan Alias dan Farhan Adam menang 17-14, 15-13 ke atas Siriwat Sakha, Thawisak Thongsai dan Rachan Viphan.
Sumber: Astro Arena