Sekilas
- Syifa Melvin dan suami berdoa di hadapan Kaabah agar dikurniakan cahaya mata perempuan ketika menunaikan ibadah di Tanah Suci pada April tahun lalu.
- Dua bulan selepas itu, Syifa disahkan hamil dan kini anak perempuan mereka sudah berusia empat bulan.
- Syifa menasihatkan supaya sentiasa percaya pada kekuatan doa dan tidak memandang rendah kepadanya, sambil berkongsi pengalaman yang mendapat perhatian ramai di media sosial.
Pempengaruh, Syifa Melvin meluahkan rasa syukur apabila doa yang dipanjatkannya bersama suami di hadapan Kaabah dimakbulkan Allah SWT.
Menerusi perkongsian di media sosial, Syifa mendedahkan dia dan suami berdoa agar dikurniakan cahaya mata perempuan ketika menunaikan ibadah di Tanah Suci pada April tahun lalu.
Menurut Syifa, dua bulan selepas itu dia disahkan hamil dan kini anak perempuannya itu sudah berusia empat bulan.
“Tahun lepas bulan empat dua laki bini berdoa depan Kaabah nak anak sorang lagi anak perempuan, bulan enam lekat.
“Tahun ni bulan enam keluar dah sorang anak perempuan, empat bulan dah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Syifa turut menasihatkan agar sentiasa percaya kepada kekuatan doa dan tidak sesekali memandang rendah terhadapnya.
“Kadang-kadang tu terharu sungguh Allah SWT makbulkan terus, dah boleh bawak mai jalan-jalan naik flight dah. Jangalah underestimate dengan doa kita, hg mintak aku bagi,” kongsinya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya turut meninggalkan komen positif dan berkongsi pengalaman masing-masing mengenai doa yang dimakbulkan.