Skip to main content

Sukan

Piala Dunia 2026: Durian runtuh! Pasukan Afrika Selatan Terima Barang Kemas, Jam Mewah Usai Berjaya Dapat Satu Mata

Astro Gempak 577

Sekilas

  • Pasukan Afrika Selatan berjaya meraih mata pertama mereka sejak 2010 selepas seri 1-1 dengan Czechia dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Dunia 2026.
  • Para pemain dan staf pasukan menerima hadiah barangan kemas dan jam tangan mewah bernilai lebih RM207,025.00 sebagai penghargaan.
  • Mereka akan bertemu Korea Selatan dalam perlawanan terakhir kumpulan untuk peluang mara ke pusingan seterusnya sebagai tempat ketiga terbaik.

Pasukan Afrika Selatan menerima durian runtuh berupa hadiah lumayan menjadi kaya raya dalam sekelip mata meskipun belum menghabiskan aksi peringkat kumpulan dan sedang merebut penentuan ke peringkat seterunya.

Selepas tewas dalam perlawanan pembukaan kepada tuan rumah, Mexico, pasukan Bafana Bafana itu berjaya mengikat Czechia 1-1 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Dunia 2026, sekali gus meraih mata pertama sejak 2010.

Usai tamat aksi tersebut, para pemain termasuk staf pasukan dikurniakan penghargaan besar mendapat barangan kemas dan jam tangan berjenama mewah bernilai lebih RM207,025.00.

Pasukan ranking ke-61 dunia itu akan menghadapi gergasi Asia, Korea Selatan, esok sebagai perlawanan terakhir bagi menghidupkan peluang sekurang-kurangnya selaku tempat ketiga terbaik.

Untuk rekod, sejak kali pertama menyertai kejohanan bola sepak paling berprestij itu, Afrika Selatan tidak pernah mara ke pusingan kalah mati. 

Sumber: Stadium Astro

Anda mungkin berminat dengan

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

BZEBI Gold Diamond Heart Necklace 18k Pendant Simple Adjustable Chain Emas 916 Hypoallergenic 146n

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement