Skip to main content

Hiburan

Makin Rancak Buat ‘Side Job’, Syed Saddiq Salurkan Lagi Semua RM115,000 Untuk Rakyat Muar

Astro Gempak 557

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, umum sumbang RM115,000 hasil kerja sambilan terbaru untuk bantu rakyat Muar.
  • Wang tersebut akan digunakan untuk beli 1,000 bakul makanan dan 30 laptop bagi golongan memerlukan dan pendidikan.
  • Sepanjang tahun pertama sebagai duta jenama, beliau berjaya salurkan lebih RM250,000 untuk pelbagai program kebajikan di Muar.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan hasil pendapatan daripada kerja sambilan terbaharunya akan disalurkan sepenuhnya bagi membantu rakyat di kawasan Parlimennya.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Syed Saddiq memaklumkan dia berjaya memperoleh satu lagi tawaran penggambaran yang membolehkannya menyumbang sebanyak RM115,000 kepada penduduk Muar.

 

 “Alhamdulillah. Dapat kerja sambilan dan shooting baharu lagi.

 

“Saya sumbangkan terus RM115,000 ke Muar,” tulisnya ringkas.

Menurutnya , sumbangan tersebut akan digunakan untuk menyediakan bantuan keperluan asas serta kemudahan pendidikan kepada golongan yang memerlukan.

“Beli 1,000 bakul makanan dan 30 buah laptop.

“Pagi sampai petang di Parlimen, malam teruskan kerja sambilan,” katanya.

Sebelum ini, Syed Saddiq turut mendedahkan hasil kerjasamanya sebagai duta jenama sebuah produk telah disalurkan kepada pelbagai inisiatif kebajikan di Muar.

Menurutnya, sepanjang tahun pertama kerjasama tersebut, lebih RM250,000 berjaya disumbangkan bagi pelaksanaan pelbagai program kebajikan termasuk pemberian komputer riba kepada pelajar serta bantuan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Must Watch Video

Advertisement