Skip to main content

Sukan

Bekas Atlet UFC Maut Ditembak Pembunuh Upahan

UFC

Bekas atlet seni bela diri UFC, Suman Mokhtarian meninggal dunia selepas ditembak oleh pembunuh upahan di Sydney, Australia pada 8 Oktober lalu.

Mokhtarian meninggal dunia pada usia 33 tahun selepas mengalami kecederaan parah kesan tembakan sewaktu sedang berjalan di kawasan Riverstone.

Advertisement

Meski pasukan medik sempat datang untuk menyelamatkan mangsa, Mokhtarian dilaporkan maut di tempat kejadian.

Ironi, atlet tersebut berdepan ancaman bunuh sekitar 18 bulan lalu, lapor The Independent.

Identiti Mokhtarian sempat tidak diketahui sewaktu pihak berkuasa tempatan mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut.

“Sekitar pukul 6 petang waktu tempatan telah berlaku insiden tembakan di  Annaluke Street, Riverstone.

“Mangsa cuba diselamatkan namun meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah. Identiti mangsa masih belum dikenal pasti,” lapor People pula.

Mokhtarian kali terakhir bertanding enam tahun lalu sebelum kini aktif menjadi tenaga pengajar sukan tersebut di Sydney.

Must-Watch Video

Advertisement