Skip to main content

Sony Pilih Zul Ariffin Ganti Bintang ‘Stranger Things’, David Harbour Untuk Tayangan Filem ‘GOAT’ Di Malaysia

Astro Gempak 254

Sekilas

  • Zul Ariffin dipilih oleh Sony Pictures Entertainment Malaysia untuk menggantikan David Harbour sebagai suara watak Archie Everhardt dalam versi bahasa Inggeris filem animasi GOAT khas untuk tayangan di Malaysia.
  • Ini merupakan kali pertama Zul mengalih suara watak animasi dalam bahasa Inggeris selepas pernah beraksi bersama pelakon Hollywood dalam filem utama berbahasa Inggeris.
  • Filem GOAT adalah komedi aksi bertemakan dunia haiwan yang mengisahkan seekor kambing kecil yang berimpian menyertai pasukan profesional sukan 'roarball'.

Syarikat produksi, Sony Pictures Entertainment Malaysia memilih pelakon, Zul Ariffin bagi menggantikan pelakon Hollywood, David Harbour untuk tayangan filem animasi GOAT versi Malaysia.

Memetik laporan MalayMail, Zul akan meminjamkan suaranya bagi watak Archie Everhardt dalam filem animasi berkenaan.

Zul akan tampil dalam versi khas bahasa Inggeris yang diterbitkan eksklusif untuk tayangan di pawagam Malaysia bermula 19 Mac ini.

Watak terbaharu itu juga menandakan kali pertama Zul mengalih suara karakter animasi dalam bahasa Inggeris, selepas sebelum ini mencipta sejarah sebagai pelakon Malaysia pertama yang meminjamkan suara dalam filem utama berbahasa Inggeris bersama barisan pelakon Hollywood.

Menurut Sony Pictures Entertainment Malaysia, kolaborasi tersebut dianggap sebagai satu padanan yang semula jadi.

“Sejak awal, kami melihat persamaan ketara antara beliau dan watak Archie — kedua-duanya secara semula jadi berkuasa, bersukan dan mempunyai kehadiran yang besar,” menurut kenyataan syarikat itu.

“Versi eksklusif tempatan ini membolehkan kami merapatkan jurang antara animasi Hollywood dan hati rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam versi asal filem tersebut, watak Archie dialih suara oleh bintang Hollywood, David Harbour (Stranger Things, Black Widow).

Penglibatan Zul bagi versi tayangan tempatan dijangka membawa sentuhan Malaysia yang tersendiri kepada karakter tersebut.

GOAT merupakan filem aksi komedi original yang berlatarbelakangkan dunia haiwan sepenuhnya.

Kisahnya mengikuti Will, seekor kambing kecil yang mempunyai impian besar apabila mendapat peluang sekali seumur hidup untuk menyertai pasukan profesional dan bermain “roarball” — sukan berintensiti tinggi dan penuh pertembungan fizikal yang didominasi haiwan paling pantas dan ganas di dunia.

Filem komedi sukan itu diarahkan oleh Tyree Dillihay dan ditulis oleh Aaron Buchsbaum serta Teddy Riley. Ia diinspirasikan daripada buku Funky Dunks karya Chris Tougas.

Sumber: MalayMail.com

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement