Skip to main content

Sheila Rusly Kongsi Kisah Lucu, Terhibur Dipanggil ‘Makcik’ - “Panggil Nenek Pun Okay”

jbj

Pelakon dan pengarah, Sheila Rusly menghiburkan netizen apabila berkongsi pengalaman lucu dipanggil ‘makcik’ oleh seorang remaja ketika beratur di sebuah cawangan Uniqlo baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Sheila berkata kejadian itu berlaku ketika dia sedang beratur di kaunter pembayaran bersama seorang remaja dan ibunya.

Menurutnya, remaja berkenaan secara spontan memanggilnya ‘makcik’ bagi memaklumkan kaunter lain telah dibuka.

“Masa Q dekat kaunter Uniqlo tadi ada this one boy umur remaja dengan mak dia tengah Q depan sis. Tiba-tiba the boy panggil ‘makcik, makcik, next counter kosong’,” tulisnya.

vger

Bagaimanapun, isteri kepada Jinggo itu berkata ibu kepada remaja tersebut dilihat kurang senang dan menegur anaknya kerana memanggilnya ‘makcik’ sebaliknya meminta menggunakan panggilan ‘aunty’.

“Sheila senyum saja, it’s okay boy. Nak panggil nenek pun okay. Sis dah settle bayar, mak dia masih marah lagi, ‘lain kali panggil aunty’.

“Aunty dengan makcik tu kan sama nok,” tulisnya dengan nada seloroh. 

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement