Skip to main content

Selesa Hidup Solo, Noniswara Belum Terbuka Cari Pengganti - "Bukanlah Tak Berkawan Cuma…”

Nonis

Pelakon, Datin Seri Noniswara Baharuddin mengakui dia kini lebih selesa untuk hidup solo selepas pemergian suaminya, Datuk Seri Sheikh Nordin Sheikh Ahmad, pada 30 September 2023.

Menurut Noniswara, pada awalnya dia dapat merasai kesunyian itu namun lama-lama dia sudah terbiasa melakukannya semua perkara sendiri.

“Saya okay sekarang, alhamdulillah. Saya bersyukur dan rasa seperti sudah seronok hidup seorang, sudah selesa. Mula-mula memang sunyi, tetapi sekarang kalau nak pergi mana-mana, saya hidupkan enjin kereta dan terus pergi.

“Saya tak perlu minta izin sesiapa nak pergi mana-mana. Jadi lama-kelamaan rasa seronok pula hidup begini,”katanya.

Ibu kepada pelakon Erysha Emyra itu juga berkata anak-anaknya ada menyarankan agar dia kembali mendirikan rumah tangga supaya mempunyai teman hidup.

“Anak-anak suruh saya kahwin sebab kata sekurang-kurangnya saya ada teman. Mereka semua sibuk dengan kehidupan masing-masing, jadi mereka galakkan saya mencari pasangan.

“Saya kata nantilah, bukan sekarang. Bukanlah tak berkawan, cuma belum jumpa lelaki yang benar-benar tepat, yang boleh bersama hingga ke akhir hayat. Kadang-kadang lelaki suka kita pada masa ini, tapi kita tak tahu bagaimana di masa depan.

“Saya pun makin berusia. Tak bolehlah fikir macam usia 30 atau 40-an. Saya kena fikir masa depan, bila usia 60 atau 70, siapa yang akan temankan kita. Tapi dalam masa sama, ada juga yang kata kenapa sudah tua nak kahwin lagi. Kenapa sudah tua tak boleh bahagia?”ujarnya.

Untuk rekod, Noniswara pernah berkahwin dengan Zakaria Rahman dan dikurniakan tiga cahaya mata. Selepas bercerai, beliau mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Datuk Rosman Ridzwan pada 2009, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian secara taklik pada 2013.

Pada 2015, beliau berkahwin buat kali ketiga dengan seorang ahli perniagaan dari Pahang, Datuk Seri Sheikh Nordin Sheikh Ahmad, sebagai isteri kedua. Allahyarham Sheikh Nordin meninggal dunia pada 30 September 2023.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Must-Watch Video

Advertisement