Sekilas
- Filem Mikael: Pemburu Dua Alam mengisahkan penyiasatan misteri di majlis perkahwinan yang membawa kepada pendedahan kuasa ghaib dan elemen supernatural.
- Remy Ishak memegang watak utama sebagai Mikael dalam filem yang menggabungkan aksi, seram, dan komedi dengan lakonan mantap serta jalan cerita menarik.
- Filem ini boleh ditonton di Astro First bermula 4 Jun 2026, dengan kempen ‘Kuasa Mikael Kaw’ oleh Alicafe yang menambah pengalaman menonton lebih menyeronokkan.
Bayangkan sebuah majlis perkahwinan yang pada awalnyaberlangsung meriah bertukar tragedi ngeri apabila pengantindan para tetamu menjadi mangsa satu kejadian misteri yang sukar dijelaskan.
Insiden tersebut membawa kepada kemunculan seorangpegawai polis elit iaitu Mikael yang ditugaskan menyiasat kesberkenaan.
Namun, semakin jauh siasatan dijalankan, semakin banyakrahsia melibatkan alam ghaib dan kuasa gelap mulaterbongkar.
Mikael: Pemburu Dua Alam tampil sebagai sebuah naskhahyang berani menggabungkan aksi, seram dan komedi dalamsatu cerita segar serta dekat dengan cita rasa penontontempatan.
Diterajui oleh Remy Ishak sebagai Mikael, filem ini turutdiserikan dengan kehadiran watak-watak lain yang menghidupkan jalan cerita menerusi gabungan emosi, ketegangan dan humor yang seimbang.
#Filem Genre Unik Yang Wajib Ditonton
Selain aksi pertarungan yang mendebarkan dan visual yang mengagumkan, filem ini turut menyelitkan elemen komedimenerusi watak Winston dan Sarjan Kok yang menceriakansuasana tanpa menjejaskan plot cerita.
Gabungan jalan cerita penuh misteri, elemen supernatural serta lakonan mantap para pelakon menjadikan filem iniantara pilihan menarik untuk ditonton bersama keluarga dan rakan-rakan.
#Kuasa Mikael KAW Bersama Alicafe
Lebih menarik, pengalaman menonton filem inidipertingkatkan menerusi kempen ‘Kuasa Mikael Kaw’ oleh Alicafe selaku penaja minuman utama
Kolaborasi ini cukup sinonim memandangkan Remy Ishak bukan sahaja memegang watak utama sebagai Mikael, malahmerupakan duta Alicafe.
Seperti karakter Mikael yang berdepan pelbagai cabarandengan keberanian dan ketahanan diri, Alicafe pula dikenalidengan rasa kopi kaw yang membantu pengguna kekal segar dan bertenaga sepanjang hari.
Menerusi kempen ini, Alicafe mengajak rakyat Malaysia menikmati pengalaman movie night yang lebihmenyeronokkan bersama secawan kopi kegemaran mereka.
Bermula 4 Jun 2026, Mikael: Pemburu Dua Alam bolehditonton di Astro First.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan gabungan aksi, misteri, elemen supernatural dan komedi dalam satu naskhah yang pastinya menghiburkan.