Skip to main content

"Sedih Sangat Macam Dipaksa" - Anak Kiai Tanggal Hijab, Warnakan Rambut Merah Pada Hari Nikah Dakwa Protes Dijodohkan Sejak Kecil

robwah

Sekilas

  • Pernikahan Ning Robwah dan Gus Kafin jadi tular kerana Ning tampil tanpa hijab dan berambut merah pada hari akad nikah, walaupun berasal dari keluarga kiai yang konservatif.
  • Video majlis mereka mencetuskan pelbagai reaksi warganet, ramai yang rasa simpati dan anggap Ning seperti dipaksa dalam perjodohan yang dijalankan sejak kecil.
  • Tindakan Ning buka hijab pada hari pernikahan dipercayai sebagai protes halus terhadap perjodohan yang tidak disukainya dan ketegangan dalam hubungan mereka.

Pernikahan antara Ning Robwah dan Gus Kafin menjadi tumpuan warganet selepas video majlis mereka tular di media sosial.

Bukan sahaja kerana latar belakang keluarga kedua-duanya, tetapi juga tindakan Ning Robwah yang memilih untuk tidak berhijab dan tampil berambut warna merah pada hari pernikahannya.

Momen itu dikongsi oleh akaun Instagram @fakta.indo dan segera mencetuskan pelbagai reaksi serta perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

“Dijodohkan sejak kecil, anak kiai nikah tak pakai hijab sebagai bentuk protes,” tulis keterangan dalam hantaran tersebut.

Dalam video berkenaan, Ning Robwah kelihatan anggun dengan busana pengantin namun tampil tanpa hijab, hal yang mengejutkan ramai memandangkan dia berasal daripada keluarga kiai di Madura yang terkenal dengan pegangan tradisi agama yang kuat.

Beberapa warganet meluahkan rasa simpati:

“Sedih sangat tengok macam dipaksa,” tulis seorang pengguna.

“Pengantin perempuan pun nampak tak sudi tengok pasangannya,” komen yang lain.

Pernikahan mereka dikatakan sudah tegang sejak awal. Berdasarkan maklumat yang tular, Ning Robwah dipercayai telah dijodohkan sejak kecil dan tidak serasi dengan calon suami yang ditetapkan keluarganya.

Tindakan menanggalkan hijab pada hari akad didakwa sebagai bentuk protes halus terhadap perjodohan tersebut.

“Dia dulu berhijab, tapi masa nikah minta buka hijab sebab tak suka dengan lelaki itu. Perhati betul-betul, dia macam nak ‘menghukum’ ayah dan suaminya. Mungkin dia sangka ayahnya akan ubah keputusan, tapi akhirnya tidak," tulis salah seorang pengguna media sosial lain.

Must-Watch Video

Advertisement