Skip to main content

Selebriti

"Saya Memang Tidak Beri Muka Pada Sesiapa Yang Buli ..." - Izara Aishah

Izara Aishah

Pelakon, Izara Aishah tampil menjelaskan isu dirinya yang dilihat berang ketika bersiaran langsung di TikTok sehingga bertindak menamatkan sesi tersebut secara mengejut.

Menerusi perkongsian di Threads, Izara meluahkan rasa terkilan apabila segelintir individu meninggalkan komen yang mengejek rupa paras serta fizikal sepupunya yang ketika itu membantu mempromosikan produk jenama tudung miliknya.

"Mereka 'face-shaming' sepupu saya dan cakap dia gemuk padahal saya ada di situ. Tujuan saya hubungi adik saya sebagai model adalah bagi memenuhi permintaan ramai untuk melihat rupa tudung pada mereka yang memiliki wajah berbentuk bulat," tulisnya.

Aktres filem Kau Yang Satu itu menegaskan bahawa dia sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang bentuk buli, apatah lagi jika ia berlaku secara terbuka di hadapannya.

"Saya sangat tidak boleh bertolak ansur dengan orang yang kurang ajar.

"Ini bukan drama atau 'tea'. Memang saya tidak beri muka pada sesiapa yang buli di hadapan saya," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil menyokong tindakan dan pendirian Izara, malah menyifatkan perbuatan mengejek fizikal seseorang sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak wajar dinormalisasikan.

"Saya suka dia, saya pun muka bulat.Jadi, saya hargai dia.

"Tak baik la orang yang suka shaming ni.

"Sangat kurang ajar. Terima kasih sebab menegakkan perkara itu. Semoga semuanya baik untuk awak.

"Kuat lagi sis. Kami bersama dengan awak," komen netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement