Sekilas
- Pempengaruh Haqiem Stopa dan Aireena Sofia Zakaria telah sah bercerai pada Selasa selepas proses perceraian berjalan lancar.
- Aireena memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 6 November tahun lalu.
- Aireena mendedahkan Haqiem meninggalkannya ketika berpantang dan didakwa menjalinkan hubungan dengan gadis berusia 18 tahun.
Kemelut rumah tangga pempengaruh Haqiem Stopa dan Jane, atau nama sebenarnya, Aireena Sofia Zakaria berakhir dengan perceraian pada Selasa.
Menerusi perkongsian di ThreadsX Aireena memaklumkan segala urusan proses perceraian mereka berlangsung dengan lancar.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan. Saya telah berpisah dengan si dia, pada, hari ini,” tulisnya secara ringkas.
Difahamkan Aireena sudah memfailkan perceraian terhadap Haqiem di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada 6 November tahun lalu.
Sebelum ini, Aireena mendedahkan dia menyimpan perasaan sejak ditinggalkan oleh suaminya dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka iaitu Hud pada 19 Ogos lalu.
Aireena turut mendakwa Haqiem bermain kayu tiga dengan menjalinkan hubungan bersama gadis yang baru sahaja berusia 18 tahun.