Skip to main content

Business News

Datuk Seri Najib Ditahan SPRM!

najib_1.jpg
Teka teki mengenai tahanan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya terjawab apabila beliau dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta jam 3 petang tadi.

Difahamkan, beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.

SPRM pula dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai penahanan ini dalam tempoh terdekat.
 
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahathir menerusi The Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini memberi tahu beliau tidak akan membuat rundingan dengan Najib bagi mendapatkan kembali wang itu.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video