Kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka akan dilanda angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60km sejam dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m sehingga Sabtu ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak dan pantai seperti menangkap ikan serta perkhidmatan feri.
Tinjauan di persisir Pantai Kempadang, Kuantan mendapati pengunjung tidak mengendahkan bendera merah tanda amaran yang dinaikkan supaya tidak mendekati pantai atau menjalankan sebarang aktiviti mandi berikutan laut bergelora dan ombak besar. - Foto Muhd Asyraf Sawal pic.twitter.com/egIMd6eUej
— Berita Harian (@bharianmy) January 1, 2019
Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Sarawak dan Sabah Barat sehingga tempoh sama.
Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Warga Pantai Timur diminta untuk sentiasa berjaga-jaga dan jangan pergi ke kawasan laut buat sementara waktu.