Skip to main content

Selebriti

Rahsia Pembunuh Ahyan Akhirnya Didedahkan, ‘Ending’ Episod 7 GBGTH buat Penonton Tak Senang Duduk

E69074ac 0ba2 4023 a317 951508a3c7d0

Sekilas

  • Drama Astro Originals, Good Boys Go To Heaven, semakin hangat dengan episod ketujuh yang mendedahkan identiti sebenar pembunuh dan membuka pelbagai konflik baharu.
  • Watak Yasser bergelut dengan masa lalu dan rasa bersalah, manakala hubungannya dengan Dahlia diuji akibat keputusan yang diambilnya.
  • Penonton boleh terus mengikuti drama ini setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra atau strim awal di Astro GO dan aplikasi Sooka.

Drama premium Astro Originals terbitan Astro Shaw iaitu Good Boys Go To Heaven terus menghantui penonton sehinggakan berjaya mencetus fenomena.

Misteri yang menghantui penonton sejak episod pertama dilihat seakan mula menemui jawapan dalam episod ketujuh siri berkenaan.

Dalam episod kali ini, Yasser dilihat teris bergelut dengan masa lalunya dan rasa bersalah yang selama ini menghantui hidupnya apabila dia mula menerima hakikat bahawa segala yang berlaku tidak lagi boleh diubah.

Malab, dia memilih untuk ‘berkorban’ dengan menyerah dirit dan bersedia berdepan dengan segala akibat yang menantinya.

Namun, keadaan itu membuatjan Dahlia tidak bersetuju dan cuba menghalang Yasser daripada terus membuat keputusan yang boleh menghancurkan dirinya. Situasi yang semakin tegang membuatkan hubungan mereka turut diuji apabila kedua-duanya terpaksa berdepan dengan realiti yang sukar diterima.

Namun apa yang paling mengejutkan, Yasser akhirnya berjaya mengetahui identiti sebenar pembunuh yang selama ini menjadi tanda tanya.

Pendedahan tersebut bukan sahaja mengejutkan Yasser, malah turut memberi tamparan hebat apabila kebenaran yang terbongkar ternyata jauh lebih menyakitkan daripada apa yang disangkakan.

Walaupun satu persoalan besar akhirnya terjawab, episod ini turut membuka lebih banyak konflik dan persoalan baharu yang membuatkan penonton terus tertanya-tanya tentang apa yang bakal berlaku seterusnya.

Dengan jalan cerita yang semakin mendebarkan serta pelbagai rahsia yang mula terungkai, Good Boys Go To Heaven terus mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan penonton yang setia mengikuti setiap episodnya.

Dengan misteri yang semakin menebal dan pelbagai rahsia yang masih belum terbongkar, Good Boys Go To Heaven dilihat terus mengekalkan momentum sebagai antara drama tempatan yang paling diperkatakan ketika ini.

Selagi kebenaran kekal tersembunyi, Kuala Makar akan terus menghantui fikiran penonton dan mencetuskan rasa tidak tenang yang sukar dilepaskan.

Tinggal hanya satu lagi episod, siapakah dalang sebenar kepada kematian Ahyan yang terus menjadi tanda tanya penduduk Kuala Makar.

Jangan lupa saksikam Good Boys Go To Heaven pada setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.

Anda mungkin berminat dengan

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Must Watch Video

Advertisement