Skip to main content

Penyanyi Rap Central Cee Umum Masuk Islam

dvds

Sekilas

  • Penyanyi rap antarabangsa Central Cee mengumumkan dia telah memeluk agama Islam dan menukar namanya selepas mengucap dua kalimah syahadah.
  • Pengumuman itu dibuat secara langsung oleh Central Cee yang sebelum ini tidak pernah berkongsi secara terbuka tentang pegangan agamanya.
  • Central Cee mula dikenali dalam industri muzik sejak 2014 dan popular selepas single Day in the Life dilancarkan pada 2020.

Penyanyi rap antarabangsa, Central Cee, mengejutkan peminat apabila mendedahkan bahawa dirinya kini telah memeluk agama Islam.

Perkara itu dikongsikan oleh Central Cee atau nama sebenarnya Oakley Neil Caesar-Su menerusi satu siaran langsung baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu Band 4 Band itu, dia bukan sahaja telah mengucap dua kalimah syahadah, malah turut menukar namanya selepas memeluk Islam.

“Saya baru sahaja tukar nama dan mengucap dua kalimah syahadah. Saya seorang Muslim sekarang,” katanya dalam siaran tersebut sambil disambut ucapan tahniah daripada rakan-rakannya.

Sebelum pendedahan itu, Central Cee tidak pernah secara terbuka mengumumkan tentang pegangan agamanya.

Sekadar info, Central Cee dilahirkan pada 4 Jun 1998 di London hasil perkahwinan ibu berbangsa Inggeris dan bapa berdarah Guyanese serta Cina.

Ibu bapanya berpisah ketika dia berusia tujuh tahun dan dia dibesarkan oleh ibunya bersama dua adik lelaki di Shepherd’s Bush, London.

Central Cee memulakan kerjaya muziknya pada tahun 2014 menerusi kemunculan dalam siri Fire in the Streets yang kini telah dipadam.

Kemunculan pertamanya dalam lagu pula adalah menerusi Ain’t On Nuttin Remix bersama J Hus dan beberapa artis lain pada Januari 2015.

Namanya mula menjadi sebutan selepas pelancaran single Day in the Life pada 14 Jun 2020, sekali gus melonjakkan popularitinya dalam industri muzik.

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must-Watch Video

Advertisement