Skip to main content

Hiburan

Bacaan Gula Dalam Darah Tinggi, Pembedahan Roy Azman Terpaksa Ditangguh

Roy Azman

Sekilas

  • Penyampai Gen SINAR Pagi, Roy Azman, terpaksa tangguh pembedahan selepas bacaan gula dalam darahnya tinggi.
  • Roy kini menerima rawatan rapi di hospital dan akan dipantau secara berperingkat sebelum pembedahan dijalankan.
  • Jika kesihatan stabil, Roy dijangka boleh keluar hospital seawal hari Ahad.

Penyampai Gen SINAR Pagi iaitu Roy Azman yang dijadualkan menjalani pembedahan pada Sabtu terpaksa ditangguhkan selepas bacaan gula dalam darahnya tinggi.

Susulan itu, Roy Azman masih memerlukan perhatian perubatan rapi dan akan meneruskan rawatan di hospital sebelum pembedahan dilakukan.

Bagi memastikan paras gulanya semakin stabil, pihak hospital akan terus memantau keadaan kesihatan Roy secara berperingkat sebelum sebarang prosedur dapat dijalankan dengan selamat.

Sekiranya tahap kesihatan menunjukkan Roy Azman dijangka boleh dibenarkan keluar dari hospital seawal hari Ahad.

Terdahulu, Sinar menerusi Instagram berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp Roy yang memaklumkan dirinya dimasukkan ke hospital akibat jangkitan pada bahagian groin.

Kongsi Roy, keadaan itu sangat teruk sehingga memerlukan dirinya untuk menjalani pembedahan.

Anda mungkin berminat dengan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Must-Watch Video

Advertisement