Skip to main content

Hiburan

Baru Sebulan Dibuka, Khairul Aming Dedah Rembayung Sudah Catat Lebih 16,000 Pelanggan - “Bila Teringat Balik…”

Rembayung

Sekilas

  • Restoran Rembayung milik Khairul Aming mencatatkan 16,113 pelanggan dalam sebulan sejak dibuka pada 6 Januari.
  • Khairul Aming berkongsi rasa terima kasih dan memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang operasi restoran tersebut.
  • Rembayung menerima sambutan luar biasa sehingga ramai pelanggan bersaing mendapatkan slot makan di premis itu.

Genap sebulan dibuka, restoran viral milik pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming iaitu Rembayung mencatatkan kedatangan pelanggan yang memberangsangkan iaitu sebanyak 16,113 pelanggan.

Berita itu dikongsikan sendiri Khairul Aming menerusi ciapan yang dibuatnya di aplikasi Threads.

“Hari ni (Jumaat) genap sebulan Rembayung dibuka. Terima kasih 16,113 customers yang datang makan sepanjang sebulan ni. Bila teringat balik dah macam reality show macam-macam benda jadi dalam kedai,” tulisnya.

Menerusi ciapan yang sama, Khairul Aming turut menzahirkan kata maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang operasi rembayung berjalan.

“Tapi overall KA (panggilan Khairul Aming) harap semua customers happy dengan bulan pertama Rembayung.

“Mohon maaf yang mana kurang, segala feedback kita ambil maklum untuk improvement setiap hari, terima kasih guys,” tulisnya lagi.

Sekadar info, Rembayung mula dibuka pada 6 Januari yang lalu dan sejak dibuka, kedai makan tersebut menerima sambutan luar biasa daripada pelanggan sehinggakan ramai yang tewas ‘battle’ mendapatkan slot makan di premis tersebut.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement