Skip to main content

Viral

Netizen ‘Gosipkan’ Shabina Dengan Khairul Aming, Ini Respons Tuan Badan - “Saya Tak Tahu Nak Rasa Apa…”

ASTROGEMPAK Shabina KA

Sekilas

  • Shabina jelaskan kunjungannya ke restoran Rembayung milik Khairul Aming hanyalah untuk makan seperti pelanggan biasa tanpa niat lain.
  • Dia sedar wargamaya mula menjodohkan dia dengan Khairul Aming namun memilih untuk tidak ambil serius dan anggap ia gurauan semata-mata.
  • Shabina kagum dengan kejayaan Khairul Aming sebagai pencipta kandungan dan usahawan yang memberi inspirasi dalam dunia perniagaan.

Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Shabina memberitahu kehadirannya di restauran milik pencipta kandungan Khairul Aming iaitu Rembayung hanyalah sekadar untuk menikmati hidangan seperti pelanggan lain.

 

Menurut Shabina, tiada sebarang tujuan lain di sebalik kunjungannya ke restoran berkenaan, sebaliknya ia sekadar lawatan biasa untuk makan.

 

“Saya pergi Rembayung sebab nak pergi makan, sama juga lain. Cuma mungkin KA kuat bergurau, dia macam, ‘eh dua kali. Dia dah dua kali pergi’. 

 

“Jadi KA repost la perkongsian saya. Macam itulah,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam masa sama, Shabina menyedari terdapat komen-komen netizen yang ‘menjodohkan’ dia dengan Khairul Aming namun memilih untuk tidak mengambil hati.

 

“Saya tak tahu nak rasa apa. Saya tahu komen-komen netizen tapi tak apa la, saya tahu mereka hanya bergurau saja. Saya pun tak ambil serius,” ujarnya. 

 

Tambahnya lagi, dia melihat Khairul Aming sebagai figura pencipta kandungan yang berjaya dan wajar dijadikan inspirasi, khususnya dalam dunia perniagaan.

 

“Saya melihat KA sebagai seorang pencipta kandungan dan usahawan yang berjaya. Jadi, kejayaannya memberi inspirasi kepada saya dan semua orang. 

 

“Saya melihat kerajinan dia. Kalau saya ini dah malas… kalau saya ini dah jual produk, tak ada la saya nak buka restauran,” katanya lagi. 

 

Sebelum ini, wargamaya mula mengusik Shabina dengan Khairul Aming selepas kehadiran pempengaruh itu di Rembayung baru-baru ini. 

 

Malah, wargamaya mula ‘menjodohkan’ mereka selepas Khairul Aming memuat naik semula perkongsian Shabina berada di Rembayung. 

Anda mungkin berminat dengan

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Nike Sportswear Futura

Nike Sportswear Futura

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

CENDAWAN RANGUP BY HERO CHEF

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Must Watch Video

Advertisement