Sekilas
- Pelakon Nadzmi Adhwa menegur sikap segelintir individu yang terlalu berbangga dengan status kewangan mereka di platform Threads.
- Beliau menegaskan bahawa pendapatan bukan ukuran mutlak nilai seseorang dan mengenali ramai dari golongan B40 yang lebih pemurah daripada golongan T20.
- Perkongsian Nadzmi itu mendapat pelbagai reaksi wargamaya yang bersetuju bahawa kekayaan bukan penentu kemuliaan seseorang.
Perkongsian pelakon Nadzmi Adhwa menerusi platform Threads miliknya baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila dia menegur sikap segelintir individu yang terlalu berbangga dengan status kewangan mereka.
Nadzmi berpendapat taraf pendapatan bukanlah ukuran mutlak untuk menilai seseorang kerana dia mengenali ramai individu daripada golongan B40 yang lebih pemurah dan suka bersedekah.
“Bangga betul dengan T20 hang tu. Aku kenal ramai B40 yang sedekah lebih dari orang T20 🥰 Manusia semua sama saja. Last last masuk kubur,” katanya.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya bersetuju nilai seseorang tidak terletak pada kekayaan atau status sosial semata-mata.

“T20 rempit memang akan bangga gitu bah. Real T20 they kalau boleh sorok income diorang… diorang lagi nak sorok sebab nk lari income tax.
“Bukan semua yang kaya itu mulia, dan bukan semua yang miskin itu hina.
“Setuju. Biasanya yang T20 ni lagi stingy dari B40,” komen beberapa wargamaya.
Bagaimanapun tidak pasti perkongsian Nadzmi itu ditujukan kepada siapa.
Sumber - Threads