Pemanis mulut yang menggoda! Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Arena Wan (Ezie) untuk menyajikan Mee Bandung Muar serta Milk Glaze Chocolate Donut yang gebu.
Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’. Jom intai resepi penuh di bawah!
DOH DONUT: 1. Campur Susu Goodday Coklat suam, yis dan gula. Biarkan berbuih. 2. Uli bersama tepung, mentega, telur dan garam sehingga licin dan elastik. Biarkan naik 1 jam.
3. Bentukkan donut dan goreng sehingga keemasan. Balikkan sekali sahaja untuk hasil terbaik.
MILK GLAZE: 1. Cairkan mentega, masukkan Susu Goodday Full Cream dan esen vanila. 2. Tutup api, masukkan gula aising sedikit demi sedikit sehingga licin.
FINISHING: Celup bahagian atas donut ke dalam glaze dan biarkan mengeras sedikit sebelum dihidang.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.
Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac ini.