Pempengaruh Umisya Mazlan meluahkan rasa terkilan apabila anak-anaknya menjadi mangsa kecaman netizen ketika dia sedang membuat siaran langsung (live) di TikTok baru-baru ini.
Umisya menerusi Threads menitipkan doa buat dirinya sendiri agar Allah membuka jalan yang terbaik untuknya dan anak-anak.
“Mencabar betul live meniaga dekat TikTok, sampai terpalit menghina anak-anak Misya. Aiyo Umisya, semoga diberi barakah dalam setiap nafasmu menjadi isteri dan ibu.
“Semoga Allah bagi jalan yang terbaik untuk ku dan anak-anakku,” tulisnya.
Rata-rata wargamaya turut bersimpati dengan nasib Umisya sedangkan pempengaruh itu tidak menganggu mana-mana pihak.
“Tak masalahnya apa salah Misya eh? Apa Misya buat? Macam salah besar Misya buat sampai diorang kata macam-macam. Sebab stay dengan laki dia ke?
“Kesian Umisya, bila dia tunjuk kuat dan tak tunjuk sedih kat public dia yang jadi jahat.
“Dah 2026 la. Korang tak habis-habis nak cari hal dengan Misya ni kenapa. Aduyai sakai la perangai masing-masing. Tak ada life ke dok hina anak orang,” komen wargamaya.