Skip to main content

Selebriti

"Tipulah Teringat Saya Bila Tengok Norish Karman Padahal..." - Kim Seri

WhatsApp Image 2026 04 22 at 12.13.20 AM

Sekilas

  • Kim Seri menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan isu pelakon Norish Karman yang kononnya enggan melangsaikan hutang orang lain.
  • Dia mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang sering melemparkan fitnah dan cuba memburukkan dirinya di media sosial.
  • Kim Seri sebelum ini memohon maaf atas dakwaan penipuan agensi pelancongan miliknya dan berjanji memulangkan wang pelanggan selewat-lewatnya Februari 2025.

Pempengaruh media sosial, Kim Seri tampil memberi respons terhadap seorang individu yang cuba mengaitkan dirinya dengan isu melibatkan pelakon Norish Karman yang kononnya enggan melangsaikan hutang orang lain.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Kim Seri menegaskan dia tidak percaya individu tersebut benar-benar teringatkan dirinya ketika membaca isu berkenaan.

Sebaliknya, dia berpendapat individu itu sememangnya berniat untuk memetik namanya, malah sering menjadi antara yang terawal mengikuti setiap perkembangan di media sosialnya.

“Tipulah awak teringat saya bila tengok Norish Karman, padahal celik mata sahaja teringatkan saya. Awak jadi orang pertama yang tengok Instagram Story saya,"tulisnya.

Dalam masa sama, Kim Seri turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang dilihat tidak pernah berhenti melemparkan fitnah serta cuba memburukkannya.

“Setiap hari mesti fikir apa lagi orang nak fitnah dan aibkan saya. Anak-anak, perkahwinan dan suami Korea semua dah. Sentiasa ada sahaja yang mencari setiap sudut untuk menampakkan kejahatan saya.

“Bila saya baca perkongsian ini pun rasa macam, ‘oh macam itu rupanya’. Tolonglah pergi ke episod seterusnya, dah macam novel. Tahniah atas kegigihan awak,” katanya lagi.

Terdahulu, nama Kim Seri menjadi perhatian warga maya selepas beberapa individu mendakwa menjadi mangsa penipuan melibatkan agensi pelancongan miliknya di Korea Selatan, dengan jumlah kerugian keseluruhan hampir RM500,000.

Susulan dakwaan itu, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji untuk memulangkan semula wang pelanggan terjejas selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.

Anda mungkin berminat dengan

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement