Skip to main content

Viral

Masih ‘Kunci Mulut’ Isu Rumah Tangga, Haqiem Stopa Kongsi Video Dipeluk Isteri - “Bukan Tujuan Nak Buat Konten…”

Haqiem Stopa

Sekilas

  • Haqiem Stopa dan isterinya, Aireena Sofia Zakaria, kini menjadi perhatian selepas Aireena mendakwa Haqiem berlaku curang dengan gadis berusia 18 tahun.
  • Haqiem memilih untuk tidak mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan tersebut dan memuat naik video mesra bersama isterinya yang disimpan untuk dirinya sahaja.
  • Aireena mendedahkan dia menyimpan perasaan sejak Haqiem meninggalkannya ketika berpantang selepas kelahiran anak sulung mereka, Hud.

Kemelut rumah tangga pempengaruh Haqiem Stopa dan isterinya, Jane, atau nama sebenarnya, Aireena Sofia Zakaria menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu. 

 

Ia mula menjadi perbualan hangat netizen apabila isteri Haqiem, Jane mendakwa suaminya berlaku curang dengan gadis berusia 18 tahun. 

 

Sehingga kini, Haqiem memilih untuk mengunci mulut mengenai dakwaan isterinya dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai rumah tangganya. 

 

Terbaharu, Haqiem memuat naik video memperlhatkan isterinya memeluknya namun menegaskan klip itu bukan untuk meraih perhatian. 

 

Sebaliknya, video pendek itu disimpan untuk dirinya sahaja. 

 

“Video ini bukan tujuan saya untuk buat konten atau dapatkan engagement. Saya simpan video ini untuk diri saya,” tulisnya. 

 

Bagaimanapun, Haqiem memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut. 

 

Sebelum ini, Aireena mendedahkan dia menyimpan perasaan sejak ditinggalkan oleh suaminya dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka iaitu Hud pada 19 Ogos lalu.

 

Aireena turut mendakwa Haqiem bermain kayu tiga dengan menjalinkan hubungan bersama gadis yang baru sahaja berusia 18 tahun.

 

TikTok - Haqiem Stopa

Must-Watch Video

Advertisement