Skip to main content

Viral

“Macam Biasa, Tak Lain & Tak Bukan Umisya Mazlan Tetap Dipersalahkan” - Isteri Pertama Aslam

ASTROGEMPAK Umisya

Sekilas

  • Umisya Mazlan berkongsi di Threads bahawa dia sering dipersalahkan dalam isu keluarga mereka.
  • Aslam dan Marissa Dania hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk.
  • Aslam melafazkan cerai dan rujuk dengan Marissa beberapa kali sejak 2024, manakala dia juga masih berkahwin dengan Umisya dan mempunyai tiga anak bersama.

Perkongsian pempengaruh media sosial yang juga madu kepada Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan di platform Threads menarik perhatian ramai. 

 

Menerusi hantaran tersebut, Umisya berkata dirinya sering menjadi pihak yang dipersalahkan dalam apa juga isu membabitkan keluarga mereka.

 

“Macam biasa, tak lain dan tak bukan Umisya Mazlan tetap dipersalahkan,” katanya. 

 

Pada Isnin, Aslam dan Marissa hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk. 

 

Untuk rekod, menantunya, Aslam didakwa telah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali, iaitu pada September 2024 sebelum kembali rujuk dalam bulan yang sama.

 

Dia kemudian sekali lagi melafazkan cerai pada April 2025 dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk pada Jun tahun sama.

 

Marissa Dania merupakan isteri kedua Aslam selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

 

Sebelum itu, Aslam telah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertama, Umisya Mazlan pada Julai 2020.

 

Pasangan itu pernah bercerai pada September 2023 sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh idah.

 

Hasil perkahwinan, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, Nuh serta seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada 17 Februari tahun lalu.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement