Skip to main content

Kelly Azman, Ani Maiyuni Rancakkan Bulan Ramadan Di St. Giles Boulevard KL, Bufet 5 Kawah Antara Tarikan Menarik

kelly_ani

Sekilas

  • St. Giles Boulevard Kuala Lumpur memperkenalkan Buffet Dinner 'Selera Bonda' dan Pakej Bilik Eksklusif 'Selera Bonda' untuk pengalaman berbuka puasa dari 21 Februari hingga 18 Mac 2026.
  • Buffet menampilkan konsep 5 Kawah dengan hidangan tradisional Malaysia seperti Sup Tulang, Sup Kepala Ikan Sayur Asin, dan Gulai Tempoyak Daging Tetel, serta persembahan muzik langsung oleh Kelly Azman, Ani Mayuni dan Aman and The Typewriter.
  • Pakej Bilik 'Selera Bonda' berharga RM488 termasuk penginapan 2 hari 1 malam, sahur dan berbuka puasa untuk dua orang, direka untuk pengalaman Ramadan yang lebih selesa dan bermakna.

St. Giles Boulevard Kuala Lumpur mengumumkan pelancaran tawaran Ramadan yang dinantikan, iaitu Buffet Dinner 'Selera Bonda' dan Pakej Bilik Eksklusif 'Selera Bonda', yang menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang hangat, autentik dan penuh kenangan untuk semua tetamu.

Kata Pengurus Hotel St. Giles Boulevard Kuala Lumpur, Zuliani Hamid, konsep ini diilhamkan daripada hidangan rumah yang dimasak dengan penuh kasih sayang oleh seorang ibu, pengalaman 'Selera Bonda' akan berlangsung dari 3 Ramadan 1447H (21 Februari 2026) hingga 28 Ramadan 1447H (18 Mac 2026).

“Kami berbesar hati untuk menyambut tetamu bagi merasai semangat Ramadan melalui tawaran ‘Selera Bonda’ ini.

“Kami telah menyediakan menu serta suasana yang benar-benar menangkap kehangatan dan keselesaan masakan ibu, menjadikan pengalaman berbuka puasa ini satu memori yang akan dihargai," katanya.

Buffet Dinner 'Selera Bonda'

Tarikan utama buffet ini ialah konsep 5 Kawah yang kaya dan pelbagai, menampilkan hidangan tempatan asli. Tetamu boleh menikmati pilihan menu tradisional Malaysia yang berubah setiap hari, dirancang untuk membangkitkan nostalgia serta keselesaan seperti masakan di rumah.

Sorotan Menu:
    •    Pilihan Sup: Sup Tulang, Sup Kepala Ikan Sayur Asin dan Sup Kambing Mamak yang terkenal.
    •    Pilihan Gulai: Gulai Lemak Siput Sedut Pucuk Ubi, Asam Pedas Ikan Tenggiri Belimbing Buluh serta Gulai Tempoyak Daging Tetel dengan Belimbing Buluh.

Selain keenakan sajian, suasana berbuka puasa turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada penghibur serba boleh Kelly Azman dan penyanyi Ani Mayuni, dengan iringan muzik secara langsung oleh kumpulan Aman and The Typewriter, sekali gus menyuntik suasana berbuka puasa yang lebih santai, eksklusif dan penuh nostalgia.

Harga Buffet:
    •    Dewasa: RM108 seorang
    •    Kanak-kanak: RM65 seorang
    •    Early Bird Special: RM88 seorang (tempahan sebelum 22 Februari 2026)

Pakej Bilik 'Selera Bonda'

Bagi tetamu yang menginginkan pengalaman Ramadan yang lebih selesa dan tanpa kerumitan, Pakej Bilik 'Selera Bonda' ditawarkan pada harga RM488 bersih.

Pakej Termasuk penginapan 2 Hari 1 Malam dalam Urban Room, sahur untuk 2 orang dan pakej berbuka Puasa (Iftar/Dinner) untuk 2 orang.

Pakej ini direka bagi memastikan pengalaman Ramadan yang lebih bermakna, membolehkan tetamu menumpukan perhatian kepada ibadah serta masa berkualiti bersama keluarga.

 

Must-Watch Video

Advertisement