Sekilas
- Seorang wargamaya mengkritik tangan pempengaruh media sosial Sally Whoo ketika membuat siaran langsung TikTok tentang solekan.
- Sally membalas dengan tenang memohon maaf jika warna kulitnya membuatkan orang lain rasa tidak selesa.
- Dia menegaskan tidak akan mengubah warna kulitnya menjadi lebih cerah walaupun menerima kritikan tersebut.
Seorang wargamaya didakwa mengkritik tangan pempengaruh media sosial, Sally Whoo menerusi platform Threads.
Menerusi perkongsian tersebut, individu tersebut berasa kurang senang melihat tangan pempengaruh yang membuat ‘live’ di TikTok mengenai solekan.
“Korang kalau buat live fasal make up, review lipstik dekat TikTok. Muka dah foundation, tangan scrub la juga. Turn off aku,” tulis individu tersebut.
Menyedari individu itu berkata mengenai dirinya, Sally membalas secara tenang dengan mengatakan dia minta maaf jika warna kulinya tidak menyenangkan.
Bagaimanapun Sally yang juga seorang usahawan menegaskan dia enggan mengubah warna kulitnya menjadi lebih cerah.
“Salam. Saya minta maaf ya kalau dengan warna kulit saya, warna jari tangan saya buat awak turn off tapi takpa no thanks saya tak nak putih pun,” balasnya dengan ringkas.
Sumber - Threads