Sekilas
- Alif Satar berkongsi impian memiliki rumah kampung dengan suasana alam semula jadi dan tanah luas untuk bercucuk tanam serta menternak haiwan.
- Dia membayangkan rumah dengan pokok-pokok matang, gua batu kapur, dan kolam ikan untuk aktiviti memancing bersama anak-anak.
- Alif juga berangan menjalani rutin harian sederhana dengan memandu kereta klasik ke masjid dan menjadi bilal kampung.
Penyanyi dan pengacara Alif Satar berkongsi impiannya untuk memiliki sebuah rumah kampung yang dikelilingi suasana alam semula jadi dan penuh ketenangan.
Menurut Alif, dia membayangkan kehidupan sederhana dengan kediaman yang mempunyai tanah luas untuk bercucuk tanam serta menternak haiwan seperti kambing, ayam dan itik.
“Nak cari rumah kampung. Yang ada tanah boleh tanam sayur dan bela kambing, ayam dan itik. Matured trees and limestone cave in the background that’ll bounce the sunlight when it sets.
“Lepas itu ada kolam ikan kat tengah… boleh mancing dengan anak-anak, fuh!” kongsinya menerusi hantaran di platform Threads.
Tambahnya lagi, dia turut berangan untuk menjalani rutin harian yang lebih sederhana termasuk ke masjid menaiki kereta klasik miliknya.
“Bila dekat waktu solat saja, start enjin 911 klasik aku, drive pergi masjid… kena sampai awal, sebab masa tu aku dah jadi bilal kampung,” katanya lagi.
Sumber - Threads