Sekilas
- Pelakon Ezzanie Jasny mengakui sudah bertahun-tahun bekerja sepanjang bulan Ramadan dan Syawal tanpa banyak cuti.
- Dia rasa sedih kerana jarang dapat menikmati momen bersama keluarga dan rakan-rakan semasa musim perayaan.
- Tahun hadapan, Ezzanie bercadang untuk berehat dan meluangkan masa sepenuhnya bersama orang tersayang semasa puasa dan raya.
Pelakon Ezzanie Jasny mengakui sudah bertahun-tahun dirinya terikat dengan komitmen kerja sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.
Menurut Ezzanie, situasi tersebut membuatkan dia jarang berpeluang menikmati sepenuhnya momen istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Saya rasa dah bertahun-tahun saya kerja waktu bulan puasa dan raya. Setiap tahun macam sama saja, dapat cuti kejap saja lepas itu sambung balik kerja.
“Hmm saya tak tahu… kadang-kadang rasa sedih juga sebab macam tak sempat betul-betul enjoy the momen. Macam waktu dengan keluarga, open house kawan-kawan. Raya pula setahun sekali,” katanya.
Tambahnya lagi, dia mula memasang niat untuk mengambil masa berehat pada tahun hadapan agar tidak terus terlepas detik-detik berharga itu.
“Mungkin tahun hadapan saya rasa, saya nak ambil masa berehat kot. Sekurang-kurangnya waktu puasa dan raya. Hanya nak hadir dan nikmati masa tanpa tergesa-gesa atau memikirkan kerja sepanjang masa.
“Saya rasa saya tidak mahu terus terlepas saat-saat ini… semoga tahun depan saya benar-benar melakukannya,” kongsinya lagi.
Sumber - Threads