Skip to main content

Ikmal Amry & Keluarga Jadi Wajah Kempen, Ini 5 Perkara Menarik Tentang Rantaian Kasih Aidilfitri 2026

ikmal_habib

Sekilas

  • Kempen Rantaian Kasih 2026 mengangkat songket sebagai tema utama, melambangkan nilai kekeluargaan dan warisan budaya Melayu yang disulam dengan sentuhan moden.
  • Ikmal Amry dan keluarganya menjadi wajah kempen, menonjolkan kasih sayang merentas generasi yang dekat dengan nilai tradisi masyarakat Melayu.
  • Koleksi eksklusif barangan kemas dan emas 999.9 edisi songket diperkenalkan, menggabungkan motif warisan dengan nilai pelaburan untuk sambutan Aidilfitri.

Aidilfitri kali ini diraikan dengan sentuhan warisan yang cukup istimewa. Berikut antara highlight utama kempen Rantaian Kasih 2026.

1. Songket jadi inspirasi

Tahun ini, inspirasi songket diangkat sebagai tema utama. Tenunan warisan Melayu ini melambangkan kesabaran, kehalusan dan keindahan yang terhasil daripada sentuhan penuh makna.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Dato’ Sri Meer, konsep ini menjadi simbol Rantaian Kasih yang disulam halus dan penuh makna, sejajar dengan semangat Aidilfitri yang menekankan hubungan kekeluargaan.

“Pemilihan songket sebagai inspirasi kempen ini melangkaui nilai estetik semata-mata. Ia melambangkan hubungan yang terjalin erat antara keluarga dan generasi; seperti benang-benang halus yang disulam menjadi satu rantaian kasih yang kukuh dan bernilai. 

"Melalui kempen ini, HABIB berharap dapat mengukuhkan semangat kekeluargaan, merapatkan silaturrahim, sambil meraikan warisan budaya Melayu dan mengangkat seni kraf tempatan agar terus dihargai dan relevan dalam kehidupan moden. Dengan menyulam elemen tradisi bersama sentuhan kontemporari, kami ingin menzahirkan kesinambungan warisan yang terus hidup dari satu generasi ke generasi seterusnya.

“Nilai kesabaran, ketelitian dan kemahiran tinggi yang terdapat dalam seni songket ini selari dengan pendekatan HABIB dalam menghasilkan barangan kemas, di mana kami melalui proses penyelidikan yang mendalam dan sentuhan penuh teliti, demi memastikan setiap rekaan membawa mutu serta nilai yang berkekalan,” katanya.

2. Ikmal Amry & keluarga hidupkan naratif kasih sayang

Kempen ini turut menampilkan Ikmal Amry bersama keluarganya. Visual yang dipaparkan menggambarkan kasih sayang yang terjalin secara semula jadi dan merentas generasi.

Gabungan elemen keluarga dan inspirasi songket menjadikan kempen ini lebih menyentuh emosi dan dekat dengan nilai tradisi masyarakat Melayu.

"10 tahun lepas semasa bersama Hero Remaja, saya orang pertama dapat jual cincin ketika tugasan. Hari ini Allah bagi rezeki jadi duta Habib. Saya ingatkan jadi model, rasa tak percaya juga. Kami rasa bertuah. Buy two free two," katanya.

3. Motif ikonik songket

Antara motif yang diangkat termasuk pucuk rebung, kotak bercampur, bunga telepuk dan bunga berbaling.

Motif-motif ini diterjemahkan ke dalam koleksi barangan kemas eksklusif berlian dan batu permata, koleksi Oro Italia 916 serta emas 916 dengan rekaan yang hanya boleh didapati di HABIB.

Turut diperkenalkan:

Koleksi sepadan ibu dan anak

Koleksi lelaki seperti cincin dan butang baju Melayu bertatahkan berlian dan batu permata dengan paladium perak

4. Bukan sekadar cantik, ada nilai simpanan

Selain koleksi rekaan, turut diperkenalkan emas 999.9 yang sesuai dijadikan simpanan jangka panjang.

Antaranya:
• Jongkong Emas 999.9 Edisi Songket
• Wafer Emas 999.9 Edisi Songket dengan lima motif eksklusif iaitu Bunga Bintang, Bunga Pecah Lapan, Pucuk Rebung Gigi Yu, Bunga Ros dan Tampuk Manggis

Setiap motif membawa naratif tersendiri yang menggabungkan elemen warisan dan nilai pelaburan.

5. Kempen Raya

Kempen tahunan Rantaian Kasih di Aidilfitri berlangsung di seluruh bilik pameran HABIB dari 18 Februari hingga 19 Mac 2026. Tempoh ini memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih koleksi Raya dengan lebih awal dan terancang.

Pendek kata, kempen Rantaian Kasih Aidilfitri 2026 bukan sekadar tentang kemeriahan Raya, tetapi tentang hubungan yang dipelihara, warisan yang dihargai dan kasih yang terus disulam dari hati ke hati.

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement