Skip to main content

Hiburan

Zarina Zainuddin ‘Panas Hati’ Dengan Kenyataan ‘Coach Cerai’ - “Kau Tu Dah Berpuluh Tahun Kahwin Ke…”

Zarina Zainuddin

Sekilas

  • Pelakon Zarina Zainuddin menegur individu bergelar 'coach cerai' yang mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai rumah tangga orang lain.
  • Zarina menasihatkan agar tidak menjadi batu api dalam masalah rumah tangga dan menegaskan setiap perkahwinan ada pasang surutnya.
  • Kenyataan 'coach cerai' yang mendakwa boleh tahu kebahagiaan pasangan dalam lima minit mendapat kritikan netizen kerana dianggap tidak wajar.

Kenyataan yang dikeluarkan individu bergelar ‘coach cerai’ baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen dan selebriti tempatan antaranya pelakon Zarina Zainuddin.

 

Menerusi komen yang ditinggalkan, Zarina meminta individu itu tidak menjadi batu api dalam masalah rumah tangga orang lain. 

 

“Eh eh eh menyirap pula aku dengar ni… orang bergaduh dalam rumah tangga tu biasa la lepas gaduh baik balik. Kalau tak ada mulut-mulut penghasut, elok balik la rumah tangga orang tu.

 

“Jangan jadi batu api la coach cerai wak luu! Kau tu dah berpuluh tahun kahwin ke nak menilai orang,” kata Zarina. 

 

Pada perkongsian yang sama, Zarina memberitahu setiap perkahwinan pasti berdepan dugaan namun individu itu tidak berhak untuk menentukan kebahagiaan pasangan tersebut. 

 

“Rumah tangga orang lain, lain caralah takkan sama. Ada pasang surut, kau ingat kahwin ni hari-hari nak bahagia ke perjalanan tu penuh ranjau berduri!  

 

“Eeee geramnya aku memandai-mandai pula. Muka dah macam eee lu siapa brooo coach cerai wakkk lu!! Kang ada juga yang kena hakkk tuiii,” katanya lagi

 

Sebelum ini, tular video ‘Coach Cerai’ mengatakan dia boleh mengetahui pasangan suami itu bahagia atau tidak dalam masa lima minit. 

 

Kenyataan itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap individu itu tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kebahagiaan sesebuah perhubungan. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Must-Watch Video

Advertisement