Skip to main content

Selebriti

Izara Aishah & Suami Kongsi Nama Anak Ketiga, Pilih Nama Tahara Alima - "Kurniaan Yang Tidak Ternilai..."

WhatsApp Image 2026 04 15 at 10.02.48 AM

Sekilas

  • Adib Kalid berkongsi nama anak perempuan ketiga mereka, Tahara Alima, yang baru lahir.
  • Adib dan Izara Aishah mengucapkan terima kasih atas doa dan harapan agar anak mereka sentiasa diberkati dan sihat.
  • Pasangan ini sudah mempunyai dua anak perempuan sebelum ini, Irisa Alaia dan Amara Amina.

Baru sahaja menimang cahaya mata ketiga, suami kepada pelakon, Izara Aishah iaitu Adib Kalid berkongsi nama anak perempuannya itu kepada umum.

Menerusi perkongsian di Instagram, Adib meluahkan rasa syukur atas kelahiran anaknya yang diberikan nama sebagai Tahara Alima.

"Menyambut kelahiran cahaya mata perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib.

"Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang tidak ternilai ini dan satu lagi kebahagiaan dalam keluarga kami,"katanya.

Dalam masa sama, Adib turut menghargai setiap doa yang dititipkan pada keluarga mereka sambil berharap agar mereka sentiasa diberkati Allah.

"Saya dan Izara ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan.

"Semoga Allah sentiasa melindunginya, mengurniakan kesihatan yang baik, dan menjadikannya dalam kalangan anak-anak yang solehah. Amin,"ujarnya.

Untuk rekod, Izara mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6 dan Amara Amina, 3.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement