Skip to main content

Hiburan

Zarina Anjoulie Pesan Jangan Percaya Konsep Susah Senang Bersama Lelaki - “Kereta Saya Pernah Kena Curi, Saya Naik Teksi...”

ccjcj

Sekilas

  • Pelakon Zarina Anjoulie berkongsi pengalaman peribadi bahawa konsep ‘susah senang bersama’ dalam hubungan percintaan tidak wujud sebenar-benarnya.
  • Dia menegaskan tiada lelaki yang benar-benar mahu berkongsi kesusahan ketika dia dalam keadaan serba kekurangan dan membina diri sendiri.
  • Zarina menasihati wanita supaya utamakan diri sendiri dan stabilkan hidup sebelum memikirkan soal cinta.

Pelakon Zarina Anjoulie menitipkan pesanan  kepada golongan wanita agar tidak terlalu mempercayai konsep ‘susah senang bersama’ dalam hubungan percintaan.

Menerusi perkongsian di Threads, Zarina atau mesra disapa Anju berkongsi pengalaman peribadinya ketika dia terpaksa melalui detik sukar seorang diri tanpa sokongan pasangan.

Menurutnya, ketika berada dalam keadaan serba kekurangan, tiada lelaki yang benar-benar mahu berkongsi kesusahan bersamanya.

“Ladies, ingatlah, sebenarnya tak wujud pun istilah susah senang sama-sama. Dulu saya susah seorang diri tanpa bantuan sesiapa, cuma dengan anak saya, Martin.

“Masa tu kereta saya dicuri, saya naik teksi buat urusan pos bersama anak saya yang baru tiga bulan. Dan ya, masa tu saya tak nampak cantik pun,” tulisnya.

Tambah Zarina, ketika berada di fasa membina diri dan hidup dalam kekurangan, tiada lelaki yang menunjukkan rasa simpati.

“Tak ada pun lelaki nak kesian atau susah senang dengan saya. Tapi bila saya dah ada bajet, jaga penampilan dan duit makin ada, barulah lelaki-lelaki mula datang.

“Bila kita perempuan, masa tak lawa, tak ada apa-apa, tak ada lelaki pun nak beri peluang. Padahal masa itulah kita sedang bina diri. Jadi kenapa kita nak susah senang dengan lelaki?” luahnya.

Zarina juga menasihati wanita supaya memberi keutamaan kepada diri sendiri sebelum memikirkan soal cinta, terutama ketika berdepan kesukaran hidup.

“Kalau kau susah, tak payah bercinta dan menyusahkan orang lain. Susah sendiri dulu, masing-masing stabil, barulah cari balik,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

Jordan Jumpman Hat - Brown

Jordan Jumpman Hat - Brown

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

Fjallraven High Coast Foldsack 24 - Black

Goorin Bros Panther Trucker Void - Black

Goorin Bros Panther Trucker Void - Black

Must-Watch Video

Advertisement