Skip to main content

Hiburan

Zara Zya Imbau Pengalaman Dihina Aktres ‘J’, Rasa Sedih Bila Teringat Diri Diperlekehkan - “Dia Boleh Datang Dekat Saya…”

ASTROGEMPAK Zara Zya

Sekilas

  • Pelakon Zara Zya berkongsi pengalaman pahit apabila diperlekehkan oleh seorang aktres terkenal semasa penggambaran telemovie ketika dia masih belum dikenali.
  • Aktres tersebut didakwa memalukan Zara di hadapan kru produksi dengan kata-kata menghina dan merendahkan semangatnya selama hampir tujuh hari.
  • Zara mengambil pengalaman itu sebagai pengajaran untuk tidak memandang rendah orang lain kerana rezeki dan nasib setiap orang berbeza.

Pelakon Zara Zya mengimbau kembali pengalaman pahit apabila didakwa diperlekehkan seorang aktres terkenal semasa menjalani penggambaran sebuah telemovie.

 

Menerusi perkongsian di Threads, Zara mendakwa aktres tersebut bertindak memalukan dirinya di hadapan kru produksi.

 

“Kadang-kadang otak kita ni nakal, tiba-tiba je teringat itu ini. Saya teringat kejadian, masa saya masih belum dikenali, saya shooting satu telemovie. Lupa dah tajuk dia. 

 

“Pelakon tu perempuan nama dia J. Masa tu kami shooting di Mall. Ada la beberapa peminat nak bergambar dengan dia. Normal la tu kan, sebab dia dikenali. 

 

“Yang tak normal dan menyedihkan, dia boleh datang dekat saya lepas tu, dan ketawakan saya depan team shooting,” kongsinya. 

 

Menurut Zara, aktres tersebut berulang kali memperlekehkan dirinya dengan kata-kata yang menjatuhkan semangat.

 

“Dia ketawa sambil cakap, ‘hahahaha kau siapa? Orang tak kenal kau pun. Kau tak famous pun!’ Berkali-kali dia ulang. Saya diam. Saya teruskan kerja saya. Saya hadap dia hampir tujuh hari. 

 

“Macam-macam dia cakap dan hina saya. Memang masa tu orang tak kenal saya pun. Dan masih mentah lagi dalam industri,” ujarnya lagi. 

 

Mengakui berasa sedih setiap kali mengenang peristiwa itu, Zara bagaimanapun memilih untuk menjadikannya sebagai pengajaran hidup agar tidak merendahkan orang lain.

 

“Bila teringat tu, saya sedih tapi tak menangis. Sedih dia makan dalam dan buat saya sentiasa beringat, jangan hina orang. Jangan pandang rendah pada orang. 

 

“Sebab kita tak tahu rezeki kita dan orang tu macam mana. Oh… dia dah tak ada pun dalam industri lagi. Sekian,” katanya. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

ZANZEA Women Casual Wide Legs Elastic Belted Solid Color Long Pants

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

Must-Watch Video

Advertisement