Skip to main content

Hiburan

Yazmin Aziz Respon Komen Dakwaan Diri Senang Tukar Pasangan - “Nak Paksa Diri Untuk Orang Yang Tak Sesuai?”

Yazmin Aziz

Sekilas

  • Yazmin Aziz berkongsi video lyp sinc lagu Jennie berjudul Dracula bersama seorang lelaki ‘mat saleh’ di lapangan terbang, menarik perhatian ramai.
  • Ramai mempersoal hubungan Yazmin yang dilihat sering bertukar pasangan, namun dia mempertahankan diri dan menegaskan hanya dia yang tahu apa terbaik untuk dirinya.
  • Yazmin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat andaian buruk berdasarkan apa yang dilihat di media sosial, sambil mengesahkan hubungannya dengan Simon Joseph Javier telah berakhir sejak Disember lalu.

Perkongsian penyanyi, Yazmin Aziz yang memuat naik video mesra bersama seorang lelaki ‘mat saleh’ telah menyorot perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dibuat, Yazmin dilihat melakukan lyp sinc lagu popular nyanyian penyanyi Korea Selatan, Jennie yang berjudul Dracula sambil menunggu penerbangan ke Thailand di sebuah lapangan terbang.

Meskipun video tersebut hanya berdurasi 13 saat, namun ramai yang tertumpu kepada jejaka yang dipercayai merupakan teman lelaki baharunya itu.

Perkongsian itu meraih perhatian yang seakan mempertikai Yazmin yang dilihat mudah dan sering bertukar pasangan.

Tidak berdiam diri, bekas peserta Big Stage ini tampil mempertahankan diri.

“Nak paksa diri dengan orang tak sesuai? Nangis untuk ex? Kahwin pastu cerai?

“Kita sendiri lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita,” jelasnya.

Tambah Yazmin, apa yang dilihat di media sosial tidak menggambarkan realiti. Justeru dia meminta orang ramai untuk tidak sewenangnya menimbulkan sebarang spekulasi.

“Apa yang anda nampak di media sosial bukan keseluruhan cerita, jadi tak payah buat andaian buruk tentang hidup orang lain,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, hubungan Yazmin dengan model Simon Joseph Javier dipercayai telah berakhir sekitar Disember lalu.

Spekulasi itu semakin hangat diperkatakan apabila kedua-duanya tidak lagi berkongsi momen bersama, selain memadam foto masing-masing di Instagram.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Must-Watch Video

Advertisement