Skip to main content

Selebriti

Wani Kayrie Bawa Harapan Peminat, Janji Berikan Yang Terbaik - “Waktu Itu Saya Fikir Mungkin Cak Cak Cekuk Tak Lepas…”

Wani Kayrie

Sekilas

  • Wani Kayrie tidak menyangka lagu hitnya, Cak Cak Cekuk, berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir AJL40 SA.
  • Dia awalnya ragu kerana jurang masa yang lama sebelum separuh akhir diumumkan, namun bersyukur kerana lagu tersebut terpilih.
  • Wani bertekad memberikan yang terbaik di separuh akhir demi memenuhi impian dan sokongan peminatnya.

Penyanyi, Wani Kayrie, mengakui tidak menyangka lagu hit nyanyiannya iaitu Cak Cak Cekuk berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA).

Menurut Wani, pada mulanya dia berasa ragu-ragu kerana terdapat jurang masa yang agak lama untuk ke peringkat separuh akhir.

Namun, apabila lagu ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh ini diumumkan berjaya, Wani berkata dia berasa amat bersyukur.

“Tak sangka Cak Cak Cekuk berjaya masuk semi final sebab kita tahu semi final tahun ini agak lewat sedikit jadi waktu itu saya fikir mungkin lagu ini tidak lepas sebab dah lambat.

“Tapi apabila sudah keluar keputusannya dan saya lihat lagu-lagu yang terpilih pun adalah sama waktunya dengan pencalonan, saya rasa memang rezeki ada pada lagu berkenaan,” katanya.

Wani berkata demikian ketika ditemui pada majlis Malam Serumpun Award Night 2026 yang berlangsung di Astana Ball Room, Bamboo Hills pada Jumaat.

Tambah Wani lagi, dia menyifatkan penyertaannya kali ini adalah demi memenuhi impian peminat yang tidak putus-putus menyokong dan mengundinya

“Sebab peminat juga yang setiap minggu mengundi sehingga lagu ini berada kedudukan top 5 lama juga dalam carta.

“Jadi bila dapat tu sudah tentu rasa gembira dan untuk semi final ini, insya-Allah saya buat yang terbaik kerana saya bawa harapan peminat,” katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

SELENDANG MILEA Selendang Bahu Kain Lembut Jenis Sulam

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

Must-Watch Video

Advertisement