Bekas vokalis kumpulan Lostprophets, yang merupakan seorang pedofil Ian Watkins dilaporkan meninggal dunia di dalam penjara selepas diserang rakan banduan lain.
Watkins meninggal dunia pada usia 48 tahun selepas diserang dua banduan berumur 25 dan 43 tahun di dalam penjara HMP Wakefield, lapor BBC.
Advertisement
Wakil penjara mengatakan sedar insiden berlaku sehingga berjaya menangkap dua suspek yang membunuh Watkins, namun tidak boleh mengulas lanjut.
Mangsa sedang menjalani hukuman 29 tahun penjara selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak di bawah umur 13 tahun selain membuat percubaan merogol seorang bayi. Vokalis itu dijatuhi hukuman penjara sejak Disember 2013.
Pada Ogos 2023, Watkins pernah mengalami kecederaan selepas diserang dalam penjara.
Sebelum sisi pedofilnya terbongkar, Watkins merupakan salah seorang pemuzik rock yang cukup terkenal bersama kumpulannya, Lostprophets.
Kumpulan yang ditubuhkan pada 1997 itu bagaimanapun bubar selepas Watkins didapati bersalah pada 2013.
Pendakwa raya menyifatkan Watkins sebagai lelaki yang menggunakan kuasanya sebagai selebriti secara salah sehingga melakukan pelbagai jenayah termasuk dadah dan menjadi pedofil.