Skip to main content

Kesihatan/Kesejahteraan

Vokal Noraniza Idris Bertambah Baik, Gaya Hidup Berubah Selepas Jalani Bariatric Surgery - "Saya Buat Demi Kesihatan..."

Astro Gempak kakani bariatrik

Sekilas

  • Noraniza Idris kini dalam hari ke-10 pemulihan selepas menjalani pembedahan bariatrik demi kesihatan dan gaya hidup lebih sihat.
  • Selepas pembedahan, dia merasakan perubahan positif pada vokal dan kembali yakin untuk fokus pada kerjaya nyanyian.
  • Dia juga merancang untuk aktif dengan single baharu dan projek budaya zapin, sambil menghargai sokongan pasukan perubatan sepanjang rawatan.

Penyanyi Noraniza Idris berkongsi perkembangan terkini dirinya selepas menjalani pembedahan bariatrik, sekali gus mendedahkan keputusan tersebut dibuat demi kesihatan dan perubahan gaya hidup yang lebih baik.

Kata Ratu Irama Malaysia dan Etnik Kreatif itu, dia kini memasuki hari ke-10 tempoh pemulihan dan masih bergantung kepada susu sepanjang proses berpantang makan.

Menurutnya, walaupun masih dalam fasa pemulihan, dia merasakan keadaan tubuh jauh lebih sihat berbanding sebelum menjalani pembedahan.

“Saya menjalani Bariatric Surgery bukan kerana mahu cepat kurus atau mengejar kecantikan semata-mata.

“Saya buat demi kesihatan dan untuk mendisiplinkan diri memulakan gaya hidup yang lebih sihat terutama dari segi pemakanan, rehat dan rutin harian,” katanya kepada Gempak.

Noraniza turut mengakui sebelum ini dia terlalu sibuk dengan kerja-kerja CSR sehingga sering mengabaikan waktu makan dan rehat.

“Sebelum ini saya memang jenis yang makan tidak ikut waktu. Bila mula fokus membuat kertas kerja program CSR, saya boleh duduk dari pagi sampai ke pagi tanpa henti selagi kerja tidak siap.

“Pemakanan tak terjaga, rehat pun tak cukup. Habit seperti ini sebenarnya tidak baik,” ujarnya.

Menurut pelantun lagu Dikir Puteri itu lagi, dia kini mula memaksa diri tidur lebih awal dan memastikan mendapat rehat secukupnya setiap hari.

“Paling lewat pun sekitar jam 12.30 malam saya akan berhenti dan berehat. Setiap hari saya cuba cukupkan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari,” katanya.

Dalam masa sama, Noraniza turut berkongsi perubahan besar yang dirasainya terhadap vokal selepas menjalani pembedahan tersebut.

Katanya, selepas hampir enam tahun berdepan kesukaran mengawal suara sehingga perlu melakukan warm-up berpanjangan sebelum menyanyi, dia kini mula kembali yakin dengan kemampuan vokalnya.

“Hari ke-7 saya cuba buat latihan nyanyian sendiri dan Alhamdulillah, banyak perubahan yang saya rasakan terutama pada vokal saya.

“Hampir 6 tahun saya perlu warm-up tanpa henti hanya untuk keluarkan vokal dengan selesa sampai kadang-kadang saya sendiri jadi malas untuk menerima persembahan.

“Tetapi pada hari ke-8 itu, syukur Alhamdulillah saya dapat menyanyi dengan lebih baik dan rasa lebih selesa daripada sebelumnya,” katanya.

Tambah Noraniza, dia kini mahu kembali memberi fokus terhadap kerjaya seni nyanyian yang agak lama terabai kerana terlalu memberi perhatian kepada kerja komuniti dan CSR.

“Sudah sampai masanya saya kembali menjaga kerjaya seni nyanyian saya yang agak lama terabai kerana terlalu fokus kepada kerja-kerja CSR dan usaha memberi semula kepada komuniti,” katanya lagi.

Malah Noraniza turut memaklumkan dia bakal kembali aktif dengan single baharu selain beberapa program budaya berkaitan zapin menerusi projek Roots Of Zafana 2026 / Akar Kita Zapin.

Dalam perkongsian sama, Noraniza turut menzahirkan penghargaan kepada Dr Ghafur dan pasukan perubatan di Qurus Klinik, KMC Medical Centre Ipoh atas layanan dan sokongan sepanjang proses rawatannya.

“Bariatric ini bukan semata-mata tentang penampilan, tetapi tentang usaha memperbaiki tahap kesihatan dan kualiti hidup.

“Ini sebenarnya adalah permulaan kepada perjalanan menjaga kesihatan dan mengubah cara hidup,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Alph fury Boots Taktikal Classic shoes tactical boot kasut operasi. ki

Must Watch Video

Advertisement