Sekilas
- Kasih Iris Leona dikecam netizen selepas video ceria dimuat naik sehari selepas berkongsi kesedihan atas pemergian sahabat baiknya.
- Pengurus Leona menjelaskan video tersebut dirakam seminggu sebelum berita pemergian sahabatnya dan tidak bermaksud dia sudah berhenti berduka.
- Leona perlu meneruskan komitmen kerja sebagai content creator walaupun sedang melalui fasa kehilangan.
Pempengaruh media sosial Kasih Iris Leona menjadi perhatian netizen selepas tindakannya memuat naik video dalam keadaan ceria sehari selepas berkongsi kesedihan atas pemergian sahabat baiknya dipersoalkan ramai.
Perkara itu bermula apabila seorang pengguna Threads mendakwa Leona seolah-olah kembali gembira terlalu cepat selepas kehilangan individu rapat dalam hidupnya.
“Leona post dia sedih sebab bestfriend dia gone kelmarin but then harini dia post video makan coco crunch pink and act happy like nothing happened. PROVES TO ME: life is so fake… sad,” tulis pengguna tersebut.
Bagaimanapun, pengurus Leona kemudian tampil menjelaskan situasi sebenar dan meminta orang ramai tidak terlalu cepat membuat andaian hanya berdasarkan satu hantaran media sosial.
“Leona’s manager here. Please don’t be so quick to judge based on one posting.
“The content was actually supposed to be posted on the day her best friend passed away but we decided to hold it first to give her some space,” jelasnya.
Menurut pengurus tersebut, video berkenaan sebenarnya telah dirakam lebih awal sebelum berita pemergian sahabat Leona berlaku.
“The video was also shot a week earlier before everything happened. That doesn’t mean she suddenly stopped grieving or missing Kati just because she posted it,” katanya lagi.
Tambahnya, sebagai seorang content creator, Leona juga mempunyai komitmen kerja, jadual kandungan dan tanggungjawab terhadap klien yang perlu diteruskan walaupun sedang melalui fasa kehilangan.
“She is a content creator and also handles others jobs. We have clients, timelines and commitments that need to be fulfilled,” tulisnya.
