Skip to main content

Hiburan

Video TikTok Yusof Bahrin Bersama Wanita Raih Perhatian, Netizen Anggap Tak Sesuai - “Bini Dia Sedang Berjuang Di Gaza…”

yusof

Tindakan seorang pemain bola sepak wanita, Syafiqa Erisya yang berkongsi video menari bersama pelakon Yusof Bahrin di TikTok mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.


 

Advertisement

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat kedua-duanya kelihatan ceria menari mengikuti trend lagu Pica Pica 2 di aplikasi berkenaan.
 

 

@irisyashazimy Kak Zizi Kirana pinjam husband jap 🙏🏻 @Yusuf Bahrin #iwc2025 ♬ pica pica 2 dj ocak gaspoll - 𝔞𝔦𝔪🙇🏼

“Kak Zizi Kirana pinjam suami kejap,” tulisnya menerusi kapsyen.

 

 

Namun, rakaman itu mengundang kecaman ramai yang menganggap ia tidak sesuai memandangkan Zizi kini sedang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
 

Antara komen netizen:

“Isteri dia tengah di atas lautan berdepan detik cemas selalu… perlu ke upload video macam ni? Kena jaga hati isteri juga. Kalau saya jadi isteri, memang kecewa.

“Tak ada sensitiviti langsung.

“Tak sesuai dek… bini dia tengah berjuang.

“Maaf, isteri sedang berjuang di sana… sangat tak sesuai, saya yang bersedih.

“Ramai lagi yang bujang boleh ajak, kenapa dia juga yang nak bertiktok.

“Jaga sikit perasaan wife dia yang berkorban untuk Gaza… hormat sikit sesama perempuan.

“Respect sikit… bini dia tengah berjuang untuk saudara kita di Gaza. Nak buat content ke apa fikir side lain," komen beberapa netizen

Sekadar info, selain Zizi, misi kemanusiaan ke Gaza yang berlepas pada 29 Ogos lalu turut disertai aktivis pro-Palestin termasuk pelakon Ardell.
 

Difahamkan sekitar 20 kapal belayar dari Sepanyol minggu lalu dengan tujuan membuka koridor kemanusiaan serta menamatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dalam konflik Israel-Hamas.

 

Rombongan itu dijangka tiba di Gaza pertengahan September selepas dua percubaan sebelum ini pada Jun dan Julai gagal ekoran dihalang Israel.

 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini turut mengisytiharkan krisis kebuluran di Gaza dengan lebih 500,000 penduduk berada dalam keadaan amat kritikal.

Must-Watch Video