Skip to main content

Hiburan

Video ‘Keranamu Kekasih’ Mila Mohsin & Aqasha Tular, Ramai Peminat Tak Sabar Untuk PGLM - “Baru Latihan Pun Sedap”

Astro Gempak 485

Sekilas

  • Mila Mohsin, anak kepada Puan Sri Tiara Jacquelina, berkongsi video latihan lagu 'Keranamu Kekasih' bersama pelakon Aqasha untuk pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical.
  • Pementasan kali ini menampilkan dua pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang dan Bayan, termasuk Mila dan penyanyi Aisha Retno.
  • Puteri Gunung Ledang The Musical dijangka menjadi produksi teater paling dinantikan tahun ini selepas hampir 20 tahun sejak pementasan pertama.

Perkongsian anak kepada pelakon dan penerbit Puan Sri Tiara Jacquelina iaitu Mila Mohsin ketika menjalani sesi latihan bagi pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical berjaya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Mila memuat naik video bersama pelakon Aqasha yang memegang watak Hang Tuah ketika menyanyikan lagu Keranamu Kekasih.

“Pertama kali kami buat sesi latihan ‘Keranamu Kekasih’, satu untuk simpanan memori,” tulisnya.

Perkongsian tersebut pantas mendapat perhatian peminat yang rata-rata meluahkan rasa tidak sabar untuk menyaksikan persembahan mereka di pentas nanti.

“Baru practice pun sedap macam ni. Pengsanlah.

“A very darn talented nepo baby. Dengan snippet practice pun dah dapat goosebumps, tak boleh bayang performance nanti,” komen beberapa pengguna media sosial.

Tidak kurang juga yang memuji bakat Mila yang disifatkan memiliki pakej lengkap sebagai penghibur.

“She clearly has it all. The looks, she can act, she has beautiful voice, boleh menari. She earned the role,” tulis seorang peminat.

Terdahulu, pihak produksi memaklumkan pementasan kali ini tampil dengan sedikit kelainan apabila menampilkan dua pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang dan Bayan.

Selain Mila, penyanyi Aisha Retno turut diumumkan sebagai pemegang watak Puteri Gunung Ledang.

Sementara itu, penyanyi Mimi Fly dan pelakon Nadiah Aqilah pula dipilih sebagai pemeran watak Bayan.

Turut diumumkan, Luqman Hafidz bakal memegang watak Sultan Melaka manakala Yusuf Hashim membawakan karakter Gusti Adipati.

Pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical dijangka menjadi antara produksi teater paling dinantikan tahun ini selepas hampir dua dekad sejak ia dipentaskan buat kali pertama.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

ELGINI E16311 Seluar Kasual Wanita Kaki Lebar S-XXL | Women’s Wide-Leg Casual Pants

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Must Watch Video

Advertisement