Skip to main content

Indonesia

Ratu Sofya Dakwa Terima Babak Intim Demi Tampung Keluarga: “Selama Saya Syuting…”

Astro Gempak ratu

Sekilas

  • Pelakon Indonesia Ratu Sofya mendedahkan dia dipaksa berlakon adegan intim dalam filem 'Dosa Penebusan' dan enggan mempromosikan filem tersebut.
  • Ibu Ratu, Intan Masthura, menafikan dakwaan paksaan dan menjelaskan keluarga sudah diberitahu tentang adegan tersebut serta bersetuju selepas mendapat penjelasan produksi.
  • HAS Pictures akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ratu Sofya kerana didakwa melanggar kontrak filem itu.

Pelakon Indonesia, Ratu Sofya bukan hanya mengejutkan sebuah syarikat perfileman tetapi juga ibunya, Intan Masthura selepas mendedahkan dipaksa bermain dalam filem yang memaksanya melakukan adegan intim sehingga enggan ikut mempromosikan naskhah itu.

Ratu Sofya, 22, menolak ikut serta mempromosikan filem terbitan Haldy Sabri dan Irish Bella atau HAS Pictures yang berjudul Dosa Penebusan atau Pengampunan. Dalam pengakuan di sebuah podcast, pelakon muda itu mengaku tidak ‘nyaman’ kerana melakonkan babak intim.

Sebaik ia menjadi tular, bukan hanya pihak produksi yang memberi penjelasan bahawa pelakon itu sedar tentang babak tersebut sebelum masuk ke set penggambaran, malah ibunya, Intan juga memberikan penjelasan tentang isu yang ditimbulkan.

Menurut Intan, pada awalnya, bapa Ratu menolak untuk pelakon itu terbabit dalam filem tersebut kerana terdapat babak intim. Namun setelah beberapa pertemuan dan produksi menjelaskan turut menyediakan double body (pelakon kedua) melakukan adegan, mereka bersetuju.

“Pada awalnya bapa Ratu tidak bersetuju sebab ada babak intim namun selepas diberitahu ada double body dan mahu dijelaskan dalam sidang media terlebih dahulu jadi kita lihat.

“Ratu kemudian kata, dia mahu terlibat dengan filem ini kerana membawa pesan yang bagus, boleh dijadikan pelajaran. Jadi kita terima.

“Jadi misalnya kalau dikata dipaksa lakukan atau terima, itu bohong. Saya ada semua bukti, kebetulan saya suka rakam video aktiviti anak saya,” jelas Intan seperti dilaporkan Detik.

Selain bercakap tentang babak tersebut, Ratu juga mendakwa dirinya terpaksa menerima tawaran berlakon naskhah yang kurang digemari kerana menjadi sumber utama dalam keluarganya.

“Saya harus main di filem yang ada adegan tidak pantas demi mendapatkan wang ratusan juta untuk keluarga. Keluarga besar saya ada enam orang.

“Saya biaya sekolah dan ada yang harus saya bantu kerana sakit.

“Selama ini saya syuting, tidak pernah ada duit, semua kontrak ditandatangani oleh keluarga,” dakwanya.

Sementara itu, pihak HAS diketahui akan mengambil tindakan undang-undang atau saman terhadap Ratu Sofya kerana dinilai melanggar kontrak filem tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Must Watch Video

Advertisement