Sekilas
- Pelakon Uqasha Senrose akhirnya membuka akaun Threads buat pertama kali dan berkongsi pengalaman pertamanya di platform tersebut.
- Uqasha mengakui dia kurang mahir dalam teknologi dan sebelum ini bergantung kepada orang lain untuk menguruskan akaunnya.
- Walaupun menerima komen negatif, Uqasha membalas dengan tenang dan mempertahankan dirinya daripada kritikan netizen.
Pelakon Uqasha Senrose akhirnya mewujudkan akaun Threads buat pertama kali dan perkongsian pertamanya mendapat pelbagai reaksi netizen.
Menerusi ruang komen, Uqasha berkata dia tidak begitu pandai dalam soal teknologi dan sebelum ini hanya mengharapkan orang lain yang bantu.
“Hi salam kita ni pertama kali ada Threads ini. Selama ini password semua orang lain pegang dan kawal sebab saya tak pandai IT.
“Jadi tak pandai nak godek-godek ini. Sebelum ini semua orang buatkan kalau fasal gadget ini,” kata Uqasha.
Dalam pada itu, Uqasha juga menerima komen netizen berbaur negatif terhadap dirinya.
“Habislah habislah dia mula dah kat sini,” tulis individu itu.
Uqasha bagaimanapun membalas komen tersebut dengan mempersoalkan semula individu tersebut memandangkan dirinya tidak pernah menganggu kehidupan orang lain.
“Dah kenapa? Saya kacau hidup awak ke?” katanya.
Sumber - Threads