Skip to main content

Hiburan

Umur 42 Tahun Baru Belajar Mengaji, Ameng Spring Khatam 100 Kali Ketika Dipenjara - “Hidup Saya Paling Sempurna Di Sana…”

huih

Sekilas

  • Vokalis kumpulan Spring, Ameng, berkongsi pengalaman hijrah selepas menjalani hukuman penjara kerana kesalahan dadah.
  • Dalam penjara, Ameng belajar mengaji Al-Quran pada usia 42 tahun dan berjaya khatam lebih 100 kali, menjadikan ibadah sebagai fokus utama hidupnya.
  • Ameng menganggap tempoh di penjara sebagai masa paling bermakna dalam hidupnya, di mana dia memperbaiki diri dan menjauhi dadah.

Vokalis kumpulan Spring, Ameng membuka kisah perjalanan hijrahnya ketika menjalani hukuman penjara suatu ketika dahulu.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, setiap hari yang dilalui di sebalik tirai besi membuatkan dirinya menangis dan menyesali kesilapan lampau.

“Saya hari-hari menangis dalam penjara. Nak makan, nak tidur pun menangis sebab saya fikir kenapa aku di sini? Kenapa bodoh jadi macam ini?


“Ramai yang nak tempat itu (kebebasan) tapi saya sia-siakan,” katanya ketika di Dol's Podcast.

Nekad untuk berubah, Ameng mula mencari Al-Quran dan meminta sesiapa yang boleh mengajarnya mengaji.

“Ada seorang lelaki bertatu, gengster dalam penjara yang mengajar saya. Saya insaf waktu itu.

“Saya belajar mengaji umur 42 tahun, dan dalam umur 42 tahun tiga bulan saya khatam,” ujarnya.

Sejak itu, Ameng berkata dia tidak lagi menoleh ke belakang. Setiap ruang masa dihabiskan dengan ibadah.

Malah, dia turut berjaya khatam Al-Quran sebanyak 100 kali.

“Saya berhenti dan benci dadah kerana Allah.

“Sudah lebih 100 kali saya khatam Al-Quran. Sebulan dua kali saya khatam. Bila dah pandai baca, kita rasa seronok.

“Tak ada apa nak buat dalam tu… setiap hari Al-Quran dengan saya. Kita duduk dalam keadaan berwuduk,” katanya.

Penyanyi itu juga menyifatkan kehidupannya di penjara sebagai tempoh paling bermakna walaupun serba kekurangan.

“Hidup saya yang paling sempurna adalah dalam penjara.

“Tak boleh dibayar dengan wang ringgit.

“Saya ganti puasa, sembahyang ganti, tahajud… semua saya buat.

“Masa lapang yang dulunya saya bazirkan, hanya tidur,” tambahnya.

Untuk rekod, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 atas kesalahan berkaitan dadah.

Bagaimanapun hukuman itu dipendekkan atas disiplin dan contoh terbaik yang ditunjukkannya.

Sumber: Dol's Podcast

Book

Hidayah Datang Dalam Banyak Cara

Jika Ameng boleh berubah dengan satu mushaf di tangan, kita pun boleh. Mulakan langkah kecil—punyai Al-Quran yang mudah dibaca, mudah difahami, dan dekat di hati. 
Tengok Sini

Must-Watch Video

Advertisement