Skip to main content

Hiburan

Turun 20KG Demi Watak Filem, Kodi Rasheed Kongsi Ada Yang Telefon Tanya Sakit Ke - “Dua Minggu Awal Terseksa…Gula Diharamkan Masuk”

Astro Gempak 543

Sekilas

  • Pelakon Kodi Rasheed menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram secara berperingkat untuk watak dalam filem Hak, dari 82 kilogram ke 62 kilogram.
  • Dia mengamalkan diet ketat tanpa suplemen, mengelakkan gula dan tepung, serta mengutamakan makanan seperti ikan bakar dan buah jambu batu.
  • Perubahan fizikal itu menyebabkan ramai menyangka dia sakit, namun Kodi menegaskan dia sihat dan kini tidak lagi gemar minuman manis.

Pelakon Kodi Rasheed mendedahkan dia terpaksa menurunkan berat badan sehingga 20 kilogram demi menjayakan watak dalam filem Hak, sehingga membuatkan ramai menyangka dirinya berdepan masalah kesihatan.

Menurut Kodi, proses penurunan berat badan tersebut dilakukan secara berperingkat mengikut keperluan watak yang dibawakan dalam beberapa naskhah berbeza.

“Sebelum ini saya turun 20 kilogram untuk filem Hak. Saya ambil masa selama tiga bulan. Sebelum itu kena turunkan berat badan daripada 82 kilogram ke 70 kilogram sebab Malaikat Malam.

“Apabila terlibat dengan Hak, mereka nak saya kurus lagi sampailah berat saya 62 kilogram,” katanya.

Mengulas mengenai kaedah yang digunakan, Kodi berkata dia hanya mengamalkan diet ketat tanpa mengambil sebarang suplemen atau kaedah lain yang boleh menjejaskan kesihatan.

“Gula diharamkan masuk dalam badan saya selama tiga bulan. Saya tak ambil gula dan tepung. Hari-hari makan ikan bakar.

“Saya ambil nasi sikit sahaja dan malam makan buah jambu batu,” ujarnya.

Menurutnya, dia lebih selesa mengawal pemakanan kerana sudah memahami keadaan tubuh badannya sendiri.

“Saya rasa tak perlu nak ambil benda bukan-bukan atau cucuk-cucuk ke. Kalau saya tahu ‘cucuk’ itu ada, awal-awal saya dah cucuk. Tapi masa awal-awal saya takut sebab risau kesan sampingan.

“Jadi saya rasa tak apalah, saya diet saja,” katanya.

Bagaimanapun, perubahan fizikal yang ketara itu membuatkan ramai menyangka dia sedang sakit.

“Ramai ingat saya sakit. Setiap kali keluar rumah, orang akan tanya ‘asal kurus, sakit ke?’. Sampai ada yang telefon tanya saya sakit ke tidak. Saya kata alhamdulillah, saya sihat saja,” katanya.

Dalam masa sama, Kodi mengakui tempoh paling mencabar adalah dua minggu pertama apabila badannya masih menyesuaikan diri dengan corak pemakanan baharu.

“Dua minggu awal sajalah rasa terseksa sikit. Pening-pening dan asyik terfikir nak makan. Tapi saya makan jambu batu saja ketika itu,” katanya.

Malah, pelakon tersebut berkata dia kini sudah tidak lagi gemar mengambil minuman manis selepas melalui proses diet berkenaan.

“Saya ganti rasa manis itu dengan buah.

“Sekarang saya dah okey, tapi tetap tak minum air manis. Saya rasa badan dah tak boleh terima.

“Bila cuba hirup sikit, terus rasa tak sedap,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

Must Watch Video

Advertisement