Ringkasan AI
- Video Nur Fazura dan Dr Munzir Shkori tular di media sosial menarik perhatian netizen.
- Munzir menjelaskan mereka hanya kawan baik dan tiada hubungan lebih dari itu.
- Video tersebut dirakam ketika mereka keluar makan bersama beberapa rakan lain minggu lalu.
- Munzir tidak ambil serius usikan netizen yang mahu mereka dijodohkan.
- Netizen berpendapat mereka sesuai kerana kedua-duanya berstatus solo.
Video memperlihatkan pelakon Nur Fazura dengan bekas suami kepada usahawan Puteri Zarith iaitu Dr Munzir Shkori di laman sosial menarik perhatian netizen.
Menyedari klip tersebut menjadi topik bualan netizen, Munzir, 42, bagaimanapun menjelaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan baik dan tidak lebih daripada itu.
“Kami berdua memang kawan rapat, tidak lebih daripada itu.
“Video itu ketika kami keluar makan bersama-sama dengan beberapa kawan lain, minggu lalu,” kongsinya.
Ketika ditanya mengenai usikan netizen yang mahu menjodohkan mereka, Munzir berkata, dia tidak mengambil serius dengan perkara tersebut.
“Biasalah netizen suka mengusik. Tiada apa pun kami. Memang kawan dah lama,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, tular video Munzir dan Fazura menikmati makan malam di sebuah restoran bersama berapa rakan-rakan mereka yang lain.
Malah, ada segelintir yang mengatakan mereka kelihatan sepadan dan sesuai berjodohan memandangkan masing-masing berstatus solo.
@fariza_zairul #fazura #fyp #farizazairul #artismalaysia #viral ♬ suara asli - Bollywood Songs🇲🇨 - Maura Latifah