Skip to main content

Hiburan

Tular Semula Video Along Eyzendy Kongsi Derita Hidap Sakit Buah Pinggang - “Kedua Buah Pinggang Saya Berfungsi 17% Saja”

Along Eyzendy

Sekilas

  • Jenazah pelakon Along Eyzendy selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang selepas menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam Ahad.
  • Along pernah mendedahkan beliau menghidap sakit buah pinggang tahap akhir dengan fungsi buah pinggang hanya tinggal 17 peratus dan perlu menjalani rawatan dialisis.
  • Arwah juga pernah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang yang didermakan oleh isterinya pada 2021 dan dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman sebelum meninggal dunia.

Jenazah pelakon, Allahyarhan Along Eyzendy selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor pada jam 9.30 pagi Ahad selepas disahkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.16 tengah malam hari yang sama.

Pemergian Allahyarham Along pastinya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap industri perfileman tanah air.

Terbaharu, tular semula video Along yang mendedahkan mengenai derita sakit buah pinggang yang dihadapinya sewaktu menjadi tetamu sesi podcast Isi Minyak Luu yang dikendalikan pelakon Luqman Hafidz

Kongsi Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, kedua-dua buah pinggangnya hanya berfungsi sebanyak 17 peratus.

Along Eyzendy dedah kisah sakit buah pinggang tahap akhir, hanya 17% buah pinggang berfungsi.

“Kali terakhir saya buat pemeriksaan kesihatan adalah pada 20 tahun lepas dan saya pun ambil keputusan untuk buat pula lagi sekali bersempena ulang tahun kelahiran saya.

“Tak sangka bila doktor kata yang saya kena sakit buah pinggang. Doktor bagitahu buah pinggang ni ada tahap satu sampai tahap lima.

“Tahap satu, dua dan tiga boleh control lagi, boleh cari ubat atau suplemen yang boleh baikkan semula. Tapi bila dah masuk tahap 3 nak masuk tahap 4, dah tak ada ubat.

“Kedua-dua belah buah pinggang saya haya berfungsi sebanyak 17 peratus,” kongsi Along.

Tanbah Along, doktor kemudiannya meminta agar dirinya bersedia untuk menjalani rawagan dialisis.

Bercerita mengenai punca dirinya menghidap penyakit tersebut, doktor tidak menolak sekiranya faktor genetik keluarga menjadi faktor utama.

Selain itu, pelakon filem Lagenda Budak Hostel ini juga berkongsi tabiatnya yang gemar mengambil ‘pain killer’ bagi merawat sakitnya ketika muda.

“Saya ada habit bila sakit je ambil pain killer. Sebab dulu masa job back to back, memang banyak job dulu waktu muda-muda. Saya tak boleh sakit, kalau sakit runsing sebab tak boleh buat kerja. Ubat dia pain killer, terus segar,” kongsi Along.

Terdahulu, arwah Along dimasukkan ke wad Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang pada Jumaat minggu lalu akibat demam dan batuk berpanjangan.

Bagaimanapun, doktor kemudian mengesyaki terdapat jangkitan kuman pada stent di saluran hempedu arwah Along.

Along menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga pada jam 12.16 tengah malam tadi. Arwah sebelum itu ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSIS.

Pada 2019, arwah Along Eyzendy pernah disahkan mengalami buah pinggang rosak dan sudah menjalani pembedahan pada 15 April 2021 selepas mendapat buah pinggang yang didermakan isterinya, Hamidah Mohd Yatim.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Must-Watch Video

Advertisement