Sekilas
- Penyanyi popular Indonesia, Ari Lasso, dan kekasihnya, Dearly Djoshua, telah mengesahkan perpisahan mereka menerusi hantaran Instagram Dearly.
- Dearly menegaskan tiada peluang untuk kembali bersama dan mengucapkan terima kasih kepada netizen Indonesia atas sokongan mereka sepanjang hubungan itu menjadi perhatian.
- Dearly juga sudah unfollow Ari Lasso dan memadam semua foto mesra di media sosial, selepas beberapa kali berkongsi momen bersama sebelum ini.
Penyanyi popular Indonesia, Ari Lasso, dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Dearly Djoshua.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh wanita berkenaan menerusi hantaran di Instagram.
Dearly, yang juga seorang usahawan, menjelaskan hubungan mereka sudah berakhir dan memberi bayangan bahawa tiada peluang untuk kembali bersama.
“Buat yang tanya apa aku akan kembali sama Ari Lasso?
“Jawabannya adalah tidak. Kita sudah putus, no turning back,” tulisnya menerusi Instagram.
Dalam hantaran sama, Dearly turut mengucapkan terima kasih kepada netizen Indonesia yang difahamkan telah memberikan sokongan sepanjang hubungan itu menjadi perhatian.
“TERIMA KASIH NETIZEN INDONESIA yang sudah mendukung aku.
“Tuhan menunjukkan siapa dia,” tulisnya lagi.
Tinjauan Gempak di Instagram turut mendapati Dearly sudah berhenti mengikuti (unfollow) akaun Ari Lasso selain memadam semua foto mesra mereka.
Sebelum ini, pasangan berkenaan beberapa kali berkongsi momen mesra di media sosial dan pernah mengakui sedang menjalin hubungan cinta.
Untuk rekod, Ari Lasso dan bekas isteri, Vita Dessy, mendirikan rumah tangga pada 1999 sebelum bercerai secara rasmi pada Februari lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima orang anak.