Skip to main content

Hiburan

Trailer Cecah 1 Juta Tontonan, Zul Ariffin Syukur, Ulas Keistimewaan Filem Malam Terlarang - “Bukan Sekadar Jumpscare Hantu…”

hjhjkhkj

Pelakon, Zul Ariffin, meluahkan rasa syukur apabila trailer filem seram terbaharu lakonannya, Malam Terlarang, sudah mencecah lebih sejuta tontonan di media sosial.

Menurut Zul, kejayaan awal itu membuktikan penonton kini semakin teruja menantikan karya bergenre seram tempatan yang bukan sekadar menakutkan, tetapi turut sarat dengan jalan cerita yang kuat.

Advertisement

 

@astroshawofficial 🔥MALAM TERLARANG OFFICIAL TRAILER🔥 Apa yang bakal terjadi? Akan menghantui anda di pawagam 30 Oktober ini. #MalamTerlarang #DilarangBerseorangan #AstroShaw @zul_ariffin @sofiajane72 @shashaabedul @ailaazizul @normahdamanhuri @hasnulrahmatmustafa @sadiqasque @sharifahhaneesya @amirnafis @infinitusfilmsmy @astroshaw ♬ original sound - Astro Shaw

 “Alhamdulillah. Saya rasa topiknya menarik saya tak boleh dedahkan tapi memang menarik.

 

“Dari segi horor, kita tahu semua orang teruja nak tengok babak-babak hantu dan jumpscare, tapi sekarang penonton juga mula melihat storyline, bukan hanya nak tengok hantu muncul semata-mata,” katanya kepada Gempak.

Tambah pelakon filem Sheriff itu lagi, filem ini bukan hanya menampilkan elemen seram semata-mata, sebaliknya turut memberi penekanan terhadap mutu sinematografi yang dikatakan antara tarikan utama Malam Terlarang.

“Semua filem luar semakin lama semakin tinggi tahapnya, jadi dari segi sinematografi, pengarah kami, Labu, memang hasilkan kerja yang tip-top,” ujar Zul.

Diarahkan oleh Nurhanisham Muhammad (Labu), Malam Terlarang turut memperlihatkan gandingan pelakon hebat seperti Shasha Abedul sebagai Mawar, Zul Ariffin (Omar), Sofea Jane (Sarimah), Sabri Yunus (Mokhtar), Normah Damanhuri (Mak Noni), Haneesya Hanee (Pamakbul) dan Hasnul Rahmat (Haji Wahid).

Sinopsis

Malam Terlarang mengisahkan Mawar, gadis berusia 18 tahun yang terpaksa menangguhkan impiannya sebagai wartawan demi menjaga ibunya, Sarimah, dengan bantuan kakak tirinya, Safar. Namun segalanya berubah selepas kematian mengejut dalam keluarga mereka membawa kepada gangguan makhluk misteri yang memaksa Mawar menyiasat rahsia di sebalik tragedi itu.

Dalam masa sama, bapanya Omar sibuk dengan kempen politik bagi menggulingkan ketua partinya, Haji Wahid. Ketika penyiasatan semakin dalam, Mawar berdepan kejadian paranormal mengerikan yang dipandang remeh oleh ahli keluarganya.

Akhirnya, dia dan bapanya perlu berhadapan musuh sebenar untuk membebaskan diri daripada kuasa gelap yang menghantui hidup mereka.

Malam Terlarang menjanjikan gabungan elemen seram, misteri dan emosi, yang bakal membuatkan penonton tidak senang duduk sepanjang tayangannya di pawagam tidak lama lagi.

Must-Watch Video

Advertisement